
Pelakon, Abby Abadi menyorot perhatian apabila meluahkan rasa kesal dan geram selepas membaca kisah melibatkan sikap segelintir lelaki yang disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab.
Artikel Berkaitan: ‘Dua Tahun Saya Biarkan Marissa Dania Berada Dalam Hubungan Yang Menyusahkan’ – Abby Abadi
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Abby Abadi Dedah Norman Hakim Tak Pernah Marah Marissa Dania – ‘Datang Jumpa Macam Orang Luar’
Geram

Pemilik nama Arbaiyah Abdul Manan berharap ia menjadi pengajaran penting dan membuka mata para wanita khususnya yang sedang berkawan atau melayari alam perkahwinan.
Sementara itu, Abby turut menekankan kepentingan menjaga kebajikan anak-anak sekiranya berlaku pergolakan rumah tangga.
Sana sini terbaca pasa lelaki perangai macam sampah. Jadi ambil pengajaran semua. Berkawan atau berkahwin, tidak perlu serah jiwa raga dan tidka perlu berkongsi segalanya.
Ada duit sendiri, simpan juga untuk masa depan. Ada anak jaga, jangan diabaikan sebab marah dengan perangai bapanya. Anak-anak tidak bersalah.
Tambah Abby, terdapat kes juga di mana pasangan sanggup bertindak sesuka hati apabila hubungan sedang bergolak.
Geram tengok, dah bagi macam-macam ambil balik. Bergaduh depan anak, maki hamun. Bila dia sudah tidak mahu dekat awak, dia boleh buat sesuka hati dia saja. Geram.
Sumber: Threads







