berita

Abby Abadi Sudah Berkahwin Dengan Ustaz?

March 9th, 2015 | by Ai
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2015-03-08 at 22.51.50

Beberapa bulan lepas, desas desus bertiup kencang mengatakan Abby Abadi dan seorang ustaz yang juga kenalannya akan mendirikan rumah tangga.

Artikel berkaitan:

Namun dalam diam timbul pula berita terbaru mendakwa Abby dan ustaz yang dikenali sebagai Khairul Azli itu sebenarnya telah berkahwin. Cuma perkara baik itu tidak digembar-gemburkan.

Kami menerima emel dari beberapa sumber yang mengirimkan gambar dan caption romantis oleh Khairul Azli kepada Abby di laman Instagram. Malah, komen-komen pada gambar tersebut juga ada menyebut yang mereka sudah berkahwin.

Screen Shot 2015-03-08 at 22.42.36

Menanti Kepulangan Yang Tersayang?

SC20150308-004038

Menerusi caption di atas, Khairul Azli memberitahu dirinya sedang menantikan kepulangan yang tersayang dari perantauan, siap tag Abby Abadi sekali.

Kami juga difahamkan, Abby kini sedang mengikuti Pelayaran Islamik 2015 untuk beberapa hari. Jadi, mungkin betul caption tersebut memang ditujukan buat Abby.

Screen Shot 2015-03-08 at 23.44.22

Alhamdulillah jika berita yang disampaikan ini benar. Kami doakan semoga jodoh Abby kali ini berkekalan hingga syurga.

SKIP THIS AD ×