
Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi berdepan detik cemas apabila kenderaan yang dinaikinya dirempuh dari arah belakang ketika dalam perjalanan pulang dari Singapura ke Kuala Lumpur.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Abby Abadi Tak Halang Marissa Dania Kahwin Lagi, Mahu Menantu Bertanggungjawab – ‘Saya Nak Yang Terbaik Untuk Dia
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Abby Abadi Titip Nasihat Buat Marissa Dania – ‘Sembuhlah Dari Luka, Berbahagialah Dengan Cara Allah Izinkan’
Terlibat kemalangan

Menerusi perkongsian di Threads, Abby berkata kejadian berlaku ketika dia sedang mencari lokasi sesuai untuk menunaikan solat Subuh sebelum secara tiba-tiba menyedari kenderaannya dilanggar.
Menurut Abby, dia pada awalnya menyangka berlaku masalah pada tayar kerana tidak menyedari kenderaan mereka sebenarnya telah dirempuh dalam keadaan lebuh raya yang gelap.
Dalam perjalanan balik KL dari Singapura. Leka mencari tempat nak solat subuh, tiba-tiba ada yang langgar dari belakang! Memang terkejut sangat-sangat.
Mula-mula ingat tayar pecah. Berhenti tepi ada abang motor datang, kata ada kereta lain langgar. Tapi serius, tak sedar sebab dalam gelap.
Dalam masa sama, Abby turut meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa pemandu yang melanggar kenderaannya hanya hadir melihat keadaan sebelum memaklumkan mengenai urusan tuntutan insurans.
Menurut Abby, pemandu tersebut kemudiannya meninggalkan lokasi selepas urusan berkenaan, sedangkan kenderaan yang dinaikinya tidak dapat dipandu dan mereka terpaksa menunggu bantuan.
Pendekkan cerita, pemandu kereta yang langgar tu datang tengok gitu gini, lepas itu dia cakap claim insurans. Nak buat macam mana lagi. Lepas itu dia ok la ya kak, dia blah!
Lah! Dah kitaorang kereta tak boleh jalan, terkapai-kapai tengah highway ni tunggu bantuan plus. Macam itu saja ek kalau dah langgar orang?
Sumber: Threads








