![[VIDEO] Abby Abadi Titip Nasihat Buat Marissa Dania – ‘Sembuhlah Dari Luka, Berbahagialah Dengan Cara Allah Izinkan’](https://asset.ohbulan.com/2026/07/abby-marissa-munir.jpg)
Pelakon Abby Abadi menitipkan kata-kata nasihat buat anak perempuannya, Marissa Dania menerusi satu hantaran di TikTok baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Marissa Dania Sudah Temui Pengganti?
Artikel Berkaitan: Abby Abadi Pertahan Munir Akhunov, Minta Orang Ramai Beri Ruang – ‘Pinjam Meminjam Sudah Dibayar Semula’
Nasihat Abby buat Marissa
Menerusi perkongsian tersebut, pemilik nama Arbaiyah Abdul Manan meluahkan rasa syukur melihat rezeki yang dikurniakan kepada anaknya itu.
Dalam masa yang sama, dia berharap agar Marissa terus kuat meneruskan kehidupan walaupun pernah melalui pengalaman sukar sebelum ini.
Adik, Mama orang biasa yang tak punya apa-apa. Mimpi Mama dulu macam-macam dan banyak yang kandas di tengah jalan, dihalang dengan tembok yang bernama keadaan.
Tapi Adik beruntung. Mencurah-curah rezeki Adik. Terus bersemangat untuk meneruskan kehidupan.
Anggota kumpulan Elite ini turut menitipkan pesan kepada anak perempuannya itu agar tidak menjadikan pengalaman pahit yang dilalui sebagai alasan untuk berputus asa. Sebaliknya, jadikan pengalaman tersebut sebagai kekuatan untuk terus bangkit dan melangkah ke hadapan.
Jangan jadikan alasan pengalaman pahit itu untuk tidak membuatkan Adik bertahan. Adik kuat! Mama percaya kegagalan Mama itu tidak akan diwariskan.
Terbanglah lebih tinggi dengan doa Mama. Sembuhlah dari luka yang pernah Mama rasakan, berbahagialah dengan cara yang Allah izinkan.
Mama ikhlas menjadi tangga, asalkan Adik tak terus dalam kegelapan. Dengar cakap Mama tau.
Dalam perkembangan sama, Abby turut berkongsi video memaparkan momen Marissa bersama pempengaruh, Munir Akhunov.
Kenal dulu hati budi.
Terdahulu, spekulasi mengenai hubungan antara Marissa dan Munir mula menjadi perhatian netizen selepas mereka dilihat kerap ‘berkongsi semula’repost’ hantaran yang sama di platform TikTok.
Dakwaan tersebut semakin hangat diperkatakan apabila Munir turut memuat naik foto memaparkan wajah Marissa di Instagram Stories bersama emoji hati berwarna putih baru-baru ini.
Sebelum ini, Abby juga pernah berkongsi momen bersama Marissa, Munir serta dua anggota kumpulan Elite, Shasha dan Azza ketika menghadiri sebuah majlis menerusi hantaran di Instagram.
Sumber: TikTok Abby Abadi








