berita

Abdullah Abbas Nama Putera Kedua Neelofa & Haris

July 18th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Seperti dijanjikan, selepas genap tujuh hari melahirkan, selebriti popular Noor Neelofa akhirnya mengumumkan nama bayi keduanya iaitu Abdullah Abbas.

Artikel Berkaitan: Neelofa Selamat Bersalin Anak Kedua, Baby Boy!

Abdullah Abbas

Neelofa atau nama lengkapnya Noor Neelofa Mohd Noor, 34, berkongsi berita gembira itu menerusi kemas kini di Instagram miliknya pada Selasa.

Nama putera kesayangan kedua kami pula ialah Abdullah Abbas.

Nama yang paling disukai Allah antarannya Abdullah, maka permulaan namanya adalah “Abdullah”.

Manakala “Abbas” pula, Nabi S.A.W sendiri pernah doakan nya, “Ya Allah! Berikanlah kepada In Abbas kefahaman di dalam agama serta ajarkanlah kepadanya takwilan-takwilan.

Dan berkat Doa Nabi maka taawilan Ibnu Abbas walaupun pada usiannya yang muda ternyata sangat sangat fakih (bijak).

Jadi harapan Umi dan abah adalah supaya Abdullah Abbas ini juga dipilih Allah menjadi Die yang akan menyampaikan dakwah seluruh alam. Bahagia seorang ayah dan ibu atas kurniaan ini hanya Allah sahaja yang tahu.

Terdahulu, Neelofa selamat melahirkan bayi keduanya pada 11 Julai lalu kira-kira jam 10.45 malam.

Untuk info, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan putera sulung bernama Muhammad Bilal yang dilahirkan pada 29 Januari 2022.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×