Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) edisi ke-38 kembali dengan tema ‘Kitalah Bintang’ bagi meraikan penggiat seni dan peminat.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Umie Aida Bangga Heliza Helmi Raih Trofi ABPBH 37 – ‘Perjuangan Harus Diteruskan, Biar Di Luar Sana Pertikai Keikhlasanmu’

Artikel Berkaitan: Bukti Kehebatan Aktres TV Popular ABPBH 37! Emma Maembong Taruh Emosi Dalam ‘Santau Perempuan Terlarang’

ABPBH38

Ketika ditemui OhBulan!, pengarah Projek ABPBH 38, Shamshul Azree Samshir berkata, lima kategori sampingan dinaikkan ke kategori utama sebagai pembaharuan edisi kali ini.

Sejak 1987, Berita Harian menjadi wadah pengiktirafan bakat seni menerusi undian peminat.

Melangkah ke edisi ke-38, tema ‘Kitalah Bintang’ menegaskan bahawa kejayaan bukan hanya milik selebriti, malah turut diserlahkan oleh peminat yang sentiasa menyokong.

ABPBH 38 bukan sekadar persaingan populariti, tetapi turut meraikan kebersamaan seluruh ekosistem kreatif negara.

Shamshul berkata demikian ketika ditemui

Senarai calon

Terbaharu, tujuh kategori telah diumumkan yang menghimpunkan nama-nama popular daripada pelbagai cabang hiburan dan sukan.

Berikut merupakan senarai calon bagi kategori yang diumumkan:

1. Artis Baharu Lelaki Popular

  • Alpha
  • Ammar Haikal
  • Badron Munirah
  • Ezaidi Aziz
  • Gbril
  • Hadie Elfardie
  • Hussain
  • Imranul Effendy
  • Ryenald Guntabid
  • Zairi Aziz

2. Artis Baharu Wanita Popular

  • Amarra
  • Amylia Aidura
  • Anggrek
  • Azeva
  • Marsya Qistina
  • Nasuha Sulaiman
  • Odda
  • Qistina Khaled
  • Sharmaine Alexander
  • Thalita

3. Pempengaruh Popular

  • Adrian Mr POV (@adrianmrpov)
  • Ammar Ahyan (@ammarahyan2008)
  • Muhammad Amin Othman & Muhammad Abid Othman (@aminxabid)
  • Abdul Qayyum Halid (@chesayang_kitchen)
  • Johan Ghazali (Jojo) (@johanghazali)
  • Kasih Iris Leona (@leonsmeonss)
  • Khairul Aming (@khairulaming)
  • Puteri Rania (@puteriraniaa)
  • Sam Lim (@samlimmmm)
  • Pinn Yang (@yang)

4. Gandingan Serasi Filem/Drama Popular

  • Amir Ahnaf & Siti Khadijah Halim (Cinta Dalam Sekam)
  • Azhan Rani & Noorkhiriah (Seribu Tahun)
  • Beto Kusyairy & Nabila Huda (Gayong)
  • Datuk Adi Putra & Zara Zya (Luka Di Hujung Setia)
  • Izzue Islam & Nad Zainal (Bahagia Yang Tertangguh)
  • Jazmie Juma & Tracie Sinidol (Hilang Dalam Rindu)
  • Kamal Adli & Siti Saleha (Dia Imamku)
  • Maya Karin & Farid Kamil (Telaga Suriram)
  • Shukri Yahaya & Hannah Delisha (Andai Itu Takdirnya 2)
  • Zahirah Macwilson & Beto Kusyairy (Good Boys Go To Heaven)

5. Anugerah Daia Evolusi Gaya Bintang

  • Alvin Chong (@itsalvn)
  • Allya Syamimi (@allyasyamimi)
  • Ashraf Anuar (@ashrffanuar)
  • Khainina Kallil (@khaininakhalil)
  • Marissa Dania Hakim (@marissadaniahakim)
  • Parisa Ardina (@parisa.ardina)
  • Qishi (@_qishi)
  • Sara Muzam (@saramuzam)
  • Scha Alyahya & Awal Ashaari (@schaalyahya & @awalashaari)
  • Sofea Shra (@sofeashra)

6. Lagu Paling Boom Popular

  • Adek Saye Abe Sore – Eda Ezrin & Den Manjo
  • Dalam Diam – Zynakal, Zamir Harith, Mojack Hafiz & Bel Jani
  • Sejambak Bunga – Ernie Zakri
  • Gila Bayang – Ammar Haikal
  • Lumangad Oku Dika – Ryenald Guntabid
  • P Ramlee Saloma – ALPHA
  • Sayang Orang Sama – Adira
  • Jodoh Lebaran – Aisha Retno
  • Telepati – Aziz Harun
  • Tiwikarma – K.O.I

7. Atlet Popular

  • Adeola Fei Robert (Karate)
  • Arif Aiman Hanapi (Bola Sepak)
  • Datuk Azizulhasni Awang (Berbasikal)
  • Goh Zhe Fei & Nur Izzuddin Rumsani (Badminton)
  • Muhammad Azeem Fahmi (Olahraga)
  • Muhammad Johan Ghazali Zulfikar (Muay Thai)
  • Nurul Izzah Izzati (Berbasikal)
  • Qabil Irfan (Permotoran)
  • Sharul Aimy (Gimnastik)
  • Taj Izrin Aiman (E-Sukan)

Undian bagi calon Top 10 setiap kategori dibuka pada 16 November hingga 6 Disember 2026 menerusi laman rasmi ABPBH.

Setiap peminat berdaftar akan menerima 38 mata undian percuma dengan pemarkahan berdasarkan 70 peratus undian awam dan 30 peratus penilaian juri profesional.

Malam kemuncak ABPBH 38 bakal berlangsung pada 12 Disember 2026 di Selangor International Trade Centre (SITC), Shah Alam dan disiarkan secara langsung di TV3 serta aplikasi Tonton pada jam 9 malam, manakala siaran karpet merah bermula jam 8 malam menerusi TikTok @MELODITERHANGAT.

Sekadar info, edisi kali ini turut mengekalkan Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat sebagai penghargaan kepada tokoh seni tanah air, selain mendapat sokongan Daia selaku Penaja Bersama serta Hot FM, Kool FM, OHBULAN! dan Xtra sebagai rakan media rasmi.