Pelakon, Emma Maembong sekali lagi membuktikan popularitinya selepas dinobatkan sebagai Aktres TV Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-37 (ABPBH 37) yang berlangsung pada 12 Disember lalu.

Artikel Berkaitan: ‘Bukan Rehearsal Kahwin’ – Emma Maembong

Artikel Berkaitan: Emma Maembong Anggap Tak Salah Ibu Tunggal Kahwini Lelaki Bujang

Pelakon utama drama ‘Santau Perempuan Terlarang’

Kemenangan yang dirangkul oleh Emma Maembong atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 33, menjadi pengiktirafan besar buat dirinya dan hasil sokongan peminat serta konsistensi lakonannya dalam industri televisyen tempatan.

Kejayaan tersebut hadir seiring dengan fasa baharu dalam kerjaya lakonannya apabila Emma bakal tampil sebagai teraju utama dalam drama terbaharu terbitan Tonton yang berjudul Santau Perempuan Terlarang.

Drama ini dijangka akan menampilkan sisi berbeza Emma menersui watak yang lebih berani dan sarat dengan emosi, sekaligus mencabar kemampuan lakonannya.

Drama Santau Perempuan Terlarang menggabungkan elemen misteri dan seram psikologi yang memfokuskan dengan isu amalan ilmu hitam, khususnya santau yang diwarisi dan disalahgunakan demi dendam, cemburu dan obsesi.

Naskhah ini menyelami sisi gelap manusia apabila hasad dengki mendorong pengorbanan jiwa demi memanipulasikan kuasa ghaib, menghancurkan kehidupan orang lain.

Kisah ini diinspirasikan daripada peristiwa benar, melibatkan seorang perempuan yang mengabdikan diri kepada iblis serta seorang artis yang terperangkap dalam ketaksuban terhadap populariti.

Dengan mengangkat tema misteri, konflik dalaman dan kekuatan wanita, drama Santau Perempuan Terlarang dilihat sebagai antara karya yang paling dinantikan penonton pada penghujung tahun ini.

Selain Emma Maembong, drama ini turut dibintangi barisan pelakon berkaliber seperti Nabil Aqil, Fadlan Hazim, Farid Kamil dan ramai lagi

Saksikan drama Santau Perempuan Terlarang yang bakal ditayangkan bermula 18 Disember ini, eksklusif hanya di Tonton.