Pelakon jelita Anna Jobling mengakui tidak meletakkan harapan tinggi untuk memenangi trofi Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH 35).
Artikel Berkaitan: Anna Jobling Ungguli Percalonan Top 5 ABPBH35! Meerqeen, Amir Ahnaf & Mierul Aiman ‘Follow’ Rapat
Artikel Berkaitan: ABPBH35: Bersaing Dengan Amir Ahnaf, Mierul Aiman Pastikan Kemenangan Miliknya!
‘Tak mahu kecewa’
Menurut Anna atau nama sebenarnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 23, dia takut akan berasa kecewa sekiranya terlalu meletakkan harapan yang tinggi.
Bagaimanapun jelas Anna, berjaya membolosi Top 5 sudah pun membuatnya berasa gembira.
Saya harap yang terbaik berlaku pada malam kemuncak nanti. Saya tidak letak harapan tinggi sebab tidak mahu kecewa.
Tercalon dan diberi peluang sampaikan anugerah sudah membuatkan saya bersyukur dan gembira.
Kalau hendak tanya mengenai Bintang Paling Popular, saya tidak terfikir pun. Saya sudah cukup gembira berada pada tahap ini.
Saya fikir, siapa menang, dia layak, malah semua yang dicalonkan layak berada di sini.
Anna berkata demikian ketika ditemui pada majlis Pra Kemuncak ABPBH 35 yang diadakan di The Agam, baru-baru ini.
Anna berjaya membolosi empat pencalonan iaitu dalam kategori BBNU Wanita Popular, Aktres TV Popular, Couple TV Popular dan Drama Popular.
Dalam pada itu, aktres yang berjaya mencipta fenomena melalui drama rantaian Melur Untuk Firdaus bersama aktor Meerqeen itu, akui tidak sabar menantikan hari berlangsungnya ABPBH 35, esok.
Siapa yang tidak mahu menang? Bagi saya, ini semua untuk peminat yang tidak putus-putus menyokong sejak awal.
Kali pertama tercalon, jadi, saya mahu bersiap cantik-cantik nanti. Ini semua untuk peminat.
Terdahulu, pada majlis Pra Kemuncak ABPBH 35, selain Anna, sembilan artis lain diumum mendahului undian ketika itu, iaitu Aina Abdul, Amir Masdi, Bell Ngasri, Ben Amir, Ernie Zakri, Khai Bahar, Meerqeen, Sharifah Rose dan Siti Nordiana.
Malam kemuncak ABPBH 35 dibawakan secara langsung dari Istana Budaya, Kuala Lumpur dan peminat boleh menyaksikan menerusi siaran TV3 bermula jam 9 malam,