Pelakon meningkat naik, Mierul Aiman meluahkan rasa syukur apabila berjaya bolos Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH 35) menerusi kategori BBNU Lelaki Popular.
Artikel Berkaitan: ‘Mesti Keluarga Je Yang Undi, Semua Orang Undi Aina Abdul Kot’ – Disindir Netizen, Ini Respon Ernie Zakri
Artikel Berkaitan: Anna Jobling Ungguli Percalonan Top 5 ABPBH35! Meerqeen, Amir Ahnaf & Mierul Aiman ‘Follow’ Rapat
Tak menduga
Mierul ketika dihubungi OhBulan! berkata, dia tidak menyangka apabila namanya tersenarai ke peringkat akhir dan menganggap ia sebagai satu rezeki.
Malah, dengan pencalonan tersebut, aktor berusia 25 tahun itu berkata ia sekali gus memberikan motivasi kepada dirinya untuk terus berkarya.
Perasaan sangat-sangat bersyukur dengan pencalonan ini dan saya sendiri tidak menduga bolos ke Top 5 kategori ini. Sangat rasa dirahmati.
Dengan pencalonan ini ia juga memberikan saya motivasi untuk terus bekerja lebih keras dalam setiap naskhah yang saya tampilkan.
Selain Mierul, antara selebriti yang memberi saingan dalam kategori sama ialah rakan baiknya iaitu Amir Ahnaf.
Disoal adakah akan bersaing secara sihat atau sebaliknya, Mierul menjelaskan dia percaya Amir serta calon lain mempunyai semangat bertanding yang positif.
Saya melihat persaingan ini sebagai satu persaingan yang sihat. Saya lihat semua calon Top 5 dalam kategori ini semua pendatang baharu sama seperti saya dan Amir.
Saya percaya setiap dari mereka juga memasang satu perasaan yang positif untuk kategori ini.
Saya tahu mereka sebagai anak seni sentiasa ingin berikan yang terbaik kepada peminat, hasilkan kualiti terbaik dan ikhlas dalam kerja yang dilakukan, begitu juga saya.
Kecil hati?
Difahamkan juga, rata-rata peminat Mierul dan Amir datangnya daripada kelompok yang sama.
Justeru, ditanya adakah Mierul akan berkecil hati sekiranya peminat memilih untuk mengundi Amir, juara Hero Remaja 2021 itu berkata ia terserah kepada hak mereka.
Sebaliknya, Mierul akan terus menghargai peminat yang sentiasa menyokong kerjaya seninya.
Saya adalah manusia yang akan menjulang dan menyayangi apa sahaja pilihan peminat. Saya akan berterima kasih kepada sesiapa sahaja yang menghargai perjalanan kerjaya saya ini.
Apa pun itu pilihan mereka untuk mengundi dan memilih. Ini bukan soal Mierul atau Amir, tetapi macam kerja keras peminat untuk memastikan artis kegemaran mereka kekal dalam industri.
Sementara itu, pelakon drama High Council itu berkata dia perlu menang kategori BBNU Lelaki Popular agar bakatnya dapat terus dikembangkan.
Kenapa perlu menang? Saya percaya, munculnya saya dalam industri ini untuk menyampaikan sebuah cerita dan mewakilkan perasaan.
Saya sebagai generasi muda dalam industri sedang meniliti apa yang baik dan apa yang kurang dalam bakat saya untuk terus berikan impak, agar karya di Malaysia memiliki kualiti terbaik.
Untuk info, ABPBH 35 yang dilancarkan 12 Mei hingga 11 Jun lalu, mencatat rekod baharu dalam sejarah penganjuran acara anugerah berprestij ini apabila lebih 21 juta undi diterima sepanjang tempoh 31 hari proses pemilihan pusingan pertama dibuka.
Secara keseluruhan, sejumlah 21,033,657 undian diterima daripada peminat membabitkan 12 kategori utama dan tujuh kategori sampingan, Ekstra! yang dipertandingkan pada edisi kali ini.
Bertemakan Ekspresi Legasi Seni, undian Top 5 ABPBH 35 kini telah dibuka sehingga 15 Julai depan.