berita

#ABPBH35 ‘Mesti Keluarga Je Yang Undi, Semua Orang Undi Aina Abdul Kot’ – Disindir Netizen, Ini Respon Ernie Zakri

June 22nd, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Seperti yang kita tahu, penyanyi Ernie Zakri tercalon dalam senarai Top 5 bagi kategori Penyanyi Wanita Popular Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-35 yang akan diadakan pada 21 Julai 2023 nanti.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syamel Sibuk Workout, Gelagat Ernie Zakri & Aina Abdul Bergosip Di Belakang Buat Netizen Terhibur

Teruja tercalon

Susulan itu, Ernie yang juga merupakan isteri kepada penyanyi Syamel berkongsi rasa teruja dan gembiranya tercalon dalam kategori berkenaan menerusi satu ciapan dimuat naik di Twitter.

Menerusi hantaran itu, Ernie mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang mengundinya secara atas talian di laman sesawang rasmi ABPBH 35.

Pelantun lagu Ku Bersuara itu mendedahkan sekiranya menang, dia akan menghadiahkan para peminatnya dengan mengeluarkan lagu baharu.

Tercalon pula Top 5 Penyanyi Wanita Popular! Weehoo!

Ok la nanti kita raikan dengan lagu baru la! Terima kasih sudi undi kita tekan tekan like like banyak banyak tu. Sayang semuanya.

Menang kita keluarkan lagu baru, tak menang pun kita keluarkan! Haha! Muah!

Disindir peminat Aina Abdul?

Bagaimanapun, ada pula komen yang kurang enak dikeluarkan oleh seorang warga maya yang mendakwa sekiranya anak saudara kepada Ziana Zain itu memenangi pencalonan itu sekalipun, itu hanyalah atas ikhsan dan undian ahli keluarganya sendiri.

Bukan itu sahaja, individu berkenaan juga mengatakan bahawa ramai orang akan tertumpu untuk mengundi penyanyi Aina Abdul.

Namun, Ernie dilihat tidak melatah sebaliknya tetap tenang membalas komen yang ditulis wargamaya itu terhadapnya.

Hihihi tak apa, kalau keluarga ja undi pun Alhamduillah. Hidup ini bukan satu pertandingan.

Sekadar info, selain Ernie Zakri, kategori Penyanyi Wanita Popular ini turut disaingi empat lagi penyanyi hebat iaitu Aina Abdul, Nabila Razali, Siti Nordiana dan Wany Hasrita.

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 35) akan diadakan pada 21 Julai 2023 ini secara langsung di TV3.

Sebanyak 19 kategori yang akan dipertandingkan dan peminat boleh mengundi artis pilihan mereka di laman sesawang rasmi ABPBH35 bermula 20 Jun sehingga 15 Julai 2023.

Ciapan Ernie Zakri di Twitter

Sumber: Twitter

SKIP THIS AD ×