berita

#ABPBH35: ‘Saya Seorang Penyanyi, Nak Sangat Trofi Penyanyi Popular’ – Aina Abdul

July 14th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Penyanyi Aina Abdul akui berdebar menantikan keputusan Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH 35) yang bakal berlangsung pada 21 Julai ini.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Selalu Ingatkan Ainations, Kalau Sayang Saya Jangan Burukkan Artis Lain’ – Aina Abdul

Artikel Berkaitan: KJ Penyampai Trofi, Johan Sebagai Hos & Siti Nurhaliza Buat Persembahan, Kemuncak ABPBH 35 Confirm Meriah!

Trofi penyanyi popular

Aina yang berjaya bolos Top 5 menerusi dua kategori iaitu Penyanyi Wanita Popular dan Lagu Paling Boom Popular berkata dia tidak menyangka dengan rezeki yang diberikan tersebut.

Malah, kata Aina atau nama lengkapnya Nurul Aina Abdul Ghani, dia sentiasa mengingatkan penyokong dan peminatnya untuk terus mengundi agar tuah memihak kepadanya.

Saya rasa sangat berdebar menantikan keputusan pada malam ABPBH nanti, dalam masa rasa takut. Tahun ini Allah bagi rezeki pada saya mencurah-curah, Alhamdulillah. Selain rezeki Aination (fans club) dan berkat lagu Terus Hidup.

Kalau tanya strategi, saya hanya cakap pada peminat untuk terus undi saya. Sebab bonding saya dan peminat semakin akrab semenjak saya tampil di pentas AJL. Jadi banyak juga acara yang kami lakukan bersama.

Aina berkata demikian ketika ditemui pada majlis Pra Kemuncak ABPBH 35 yang diadakan di The Agam, baru-baru ini.

Dalam pada itu, ditanya kategori manakah yang menjadi sasaran, pelantun lagu Terus Hidup itu berkata dia mengidamkan trofi Penyanyi Wanita Popular.

Kerja saya seorang penyanyi, jadi saya nak sangat trofi penyanyi popular. Tapi kalau dapat juga untuk kategori lagu, mengapa tidak kan. Terserah kepada rezeki.

Sementara itu, pemenang Anugerah Juara Lagu 37 itu tidak menafikan saingan yang hebat diberikan oleh calon-calon lain dalam kategori sama.

Saingan sangat sengit, nama-nama yang dalam kategori saya semua yang besar. Ada antara mereka yang memulakan lembaran penyanyi terlebih dahulu daripada saya.

Saya hormat setiap daripada mereka, semua kuat-kuat. Semoga menjadi persaingan yang sihat.

Peminat masih boleh mengundi finalis ABPBH 35 sehingga jam 11.59 malam 15 Julai ini menerusi laman web ABPBH 35 di www.abpbh.com.my. Undian boleh dilakukan sama ada secara percuma atau pakej langganan BH digital.

SKIP THIS AD ×