berita

#ABPBH35 ‘Seriuslah Popular? Saya Media Sosial Tak Sampai Sejuta Pun’ – Beto Kusyairy

July 21st, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Pelakon hebat, Beto Khusyairy tidak menyangka dirinya akan dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori Aktor Filem Popular di malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-35.

Artikel Berkaitan: #ABPBH35 Aina Abdul Datang Naik Lori, 10 Orang Terpaksa Tolong Angkat Baju

Artikel Berkaitan: #ABPBH35: Masih Dalam Tempoh Berpantang, Neelofa Sempat Ramal 3 Nama Selebriti Ini Sebagai Pemenang

Artikel Berkaitan: #ABPBH35 Yusof Haslam & Patimah Teman Puteri Sarah

‘Seriuslah popular?’

Beto atau nama sebenarnya Nur Kusyairy Zakuan Osman ketika menerima anugerah itu berkata, dia seakan tidak percaya dengan keputusan tersebut kerana bilangan pengikutnya tidak begitu ramai di media sosial.

Seriuslah popular ni ? Saya (pengikut) media sosial tak sampai sejuta pun.

Dalam pada itu, pelakon filem Mat Kilau itu menitipkan ucapan terima kasih buat semua yang mengundinya sehingga berjaya dinobatkan sebagai pemenang.

Terima kasih banyak kepada semua yang mengundi, keluarga saya, isteri saya yang mendoakan serta semua peminat.

Dalam pada itu, pengarah dan penerbit drama terkenal, Erma Fartima menyifatkan kemenangan Beto itu adalah atas kebijaksanaan peminat yang sudah tahu untuk menilai karya dan lakonan hebat seseorang itu di layar perak.

Penonton sudah dapat menilai kualiti pelakon itu.

‘Memang layak menang’

Di Twitter, rata-rata netizen sangat bersetuju dengan keputusan bagi kategori tersebut dan menyifatkan Beto sebagai seorang pelakon yang layak untuk memenanginya.

Video

@ohbulanofficial Tahniah Beto!! ?? Jangan lupa saksikan Anugerah Bintang Popular Berita Harian #ABPBH35 di TV3 dan di aplikasi Tonton jam 9 malam ini! #ohbulan #ABPBH35 #anugerah #bintang #popular #artismalaysia #fyp #trending #tonton #ekspesilegasiseni ? original sound – OHBULAN!

SKIP THIS AD ×