Kredit foto: Dr Amalina
Dr Amalina Bakri baru saja sah menjadi isteri kepada suami tercinta yang dikenali sebagai Alex Charles di London Central Mosque. Berita gembira itu diberitahu sendiri oleh Dr Amalina dengan memuat naik beberapa foto sepanjang upacara akad nikah dijalankan di sana.
Artikel berkaitan: Tiga Kali Tunda Majlis Nikah, Dr Amalina Sah Jadi Isteri Alex Di London!
Menjengah di laman Twitter, nama Dr Amalina menjadi trending dan rata-rata pengguna media sosial mengambil kesempatan mengucapkan tahniah buat pasangan pengantin baharu itu.
You’re so beautiful!
Rata-rata pengguna Twitter menzahirkan ucapan tahniah buat Dr Amalina atas pernikahan yang telah berlangsung di London Central Mosque, baru-baru ini. Netizen turut mendoakan kebahagiaan buat Dr Amalina dan pasangan dalam menempuh kehidupan rumah tangga.
Undangan hanya 6 orang saja
Sementara itu, kelihatan segelintir netizen memuji acara pernikahan Dr Amalina dengan hanya dibenarkan enam orang sahaja berada di ruang pernikahan tersebut. Perkara tersebut turut dikongsikan Dr Amalina di posting Instagramnya sebelum ini, di mana majlis pernikahan hanya dibenarkan untuk keluarga dan rakan rapat sahaja susulan oleh SOP di kawasan terbabit.
We are relieved that we managed to have our simple ceremony attended by some close family and friends (6 guests only, in accordance with local COVID rules).
Foto pernikahan
View this post on Instagram
Sumber: Dr Amalina, Twitter