berita

Ada Hael Husaini dan Capteh Wei! Jom Imbau Kenangan Zaman Kanak-Kanak Di Hari Riang Ria Raya Setia Alamsari!

June 21st, 2019 | by Intan Mahsuri
Shout Out!

Raya dan rumah terbuka sememangnya tak dapat dipisahkan lagi. Memang tak pelik la kalau sebulan ni, hujung minggu je jalan jem. Banyak rumah terbuka, tapi inilah kemeriahan raya yang sebenar kan? Tak banyak rumah terbuka, tak jem, tak raya la namanya.

Jom singgah Hari Riang Ria Raya Setia Alamsari!

Bagi korang yang berkelapangan dan tak ada apa-apa aktiviti hujung minggu ni, apa kata korang datang meriahkan raya tahun ni bersama Setia Alamsari  yang dianjurkan oleh S P Setia . Mereka ada pelbagai aktiviti istimewa untuk korang. Serius tak rugi korang datang.

Layan pertunjukan bunga api & persembahan Hael Husaini

Kenapa korang patut datang Hari Riang Ria Raya Setia Alamsari yang dianjurkan oleh S P Setia? Ha! Ini kerana diorang ada jemput Hael Husaini, untuk buat persembahan. Untuk korang yang dah lama teringin nak bersua muka dengan Hael, ni la masanya.

Tambahan pulak, malam tu ada pertunjukan bunga api. Yang penting sekali masuk adalah percuma! Tak kena bayar apa-apa pun.

Didi and Friends pun ada!

Bagi anda yang ada anak kecil tu jangan la bimbang. Didi and Friend ada untuk temani anak-anak korang. Boleh la nanti ambil gambar dan buat aktiviti menarik dekat Hari Riang Ria Raya bersama Didi and Friends. Mungkin Didi akan ajak anak korang nyanyi lagu bersama-sama.

Lagi pula  Hari Riang Ria Raya Setia Alamsari yang dianjurkan oleh S P Setia turut menyediakan inflatable ground.  Boleh la anak korang enjoy main sepuasnya. Memang mesra kanak-kanak Hari Riang Ria Raya bersama Setia Alamsari ni. Puas hati kalau pergi.

Imbau kenangan dengan permainan tradisional!

Antara aktiviti istimewa lain yang mereka ada termasuklah booth permainan tradisional seperti capteh, boling kelapa, batu seremban, permainan tudung botol (ceper), egrang dan persembahan silap mata.

Bayangkanlah suasana meriah diterangi dengan lampu pelita…Ye korang! Ada lampu pelita! Lepas tu ada permainan tradisional untuk dimainkan, memang nostalgia habis. Terimbau la kenangan zaman muda-muda dulu. Jangan lupa bergambar tau. Boleh buat kenangan nanti.

Cabutan bertuah dengan hadiah menarik!

Lepas dah tengok persembahan, dah main, jangan lupa pulak tunggu sehingga segmen cabutan bertuah. Mana tahu korang adalah pemenang yang dicari. Cara nak join cabutan bertuah ni senang sangat. Korang just datang dan daftar. Secara automatik korang layak untuk sertai cabutan bertuah.

Berikut adalah detail event ye. Pastikan korang datang!

Tarikh: 29/6/2019 (Sabtu)

Masa: 6 petang – 9 malam

Tempat: Setia Alamsari Sales Galleria

S P Setia realisasikan kediaman idaman korang!

S P Setia  ni bukan calang-calang pemaju tau. Rumah yang diorang design memang letop! Memiliki keluasan 3162 kaki persegi hingga 3881 kaki persegi, banglo yang S P Setia tawarkan ni sesuai sangat untuk anda yang mempunyai keluarga besar.

Ada 4 jenis rekaan rumah yang tersendiri dengan masing-masing memiliki 4+1 bilik tidur, 5 bilik Mandi atau korang boleh pilih yang ada 5+1 bilik tidur, 6 bilik mandi dan 1 bilik air.

Selain itu, kawasan banglo ni dibina cukup strategik diatas tanah berkeluasan dari 60 kaki X 115 kaki. Ianya ekslusif tau, sebab hanya 47 kediaman dibina disana. Memang berbaloi sangat-sangat kalau korang beli.

Untuk maklumat lanjut, korang klik je link dekat bawah.

Website: Setia Alamsari

Facebook: S P Setia

Facebook: Setia Alamsari

No Telefon: 03-8736 2255

The following two tabs change content below.