Syarikat MIG Production House (MIG) tampil membuat permohonan maaf susulan kontroversi yang melanda drama terbaru terbitan mereka berjudul Madu atau Racun yang didakwa menyentuh bab agama dan masyakarat.

Artikel Berkaitan: PU Rahmat Kongsi Dua Pilihan Tangani Isu Suami Songsang – ‘Ketagihan Ini Tak Boleh Diubah Macam Magik’

Artikel Berkaitan: #ThrowbackXTRA: Kontroversi Dituduh Songsang Paling Pelik Pernah Dihadapi, Raja Atiq Akui Kesal

Mohon maaf

View on Threads

Menerusi satu kenyataan, pihak MIG menjelaskan mereka sentiasa peka dengan garis panduan yang ditetapkan dan tidak pernah berniat untuk mencetuskan sebarang polemik.

Kepada seluruh penonton, peminat dan semua pihak yang telah memberikan sokongan kepada drama Madu Atau Racun, kami mengambil maklum terhadap isu yang sedang tular dan telah menyentuh sensitiviti agama dan masyarakat dengan babak yang dilihat agak keterlaluan untuk ditonton secara umum.

Kami ingin menegaskan bahawa kami tiada niat sama sekali untuk menyentuh, memperlekehkan atau menimbulkan sebarang kontroversi dengan sengaja.

MIG turut menegaskan bahawa mereka menerima segala teguran dengan hati yang terbuka dan akan menjadikan insiden ini sebagai satu pengajaran untuk masa hadapan.

Kami memohon maaf dan menghormati pandangan semua pihak dan akan memperbaiki karya kami yang akan datang dan seterusnya mengambil teguran ini sebagai satu pengajaran yang besar.

Sebelum ini, drama tersebut mendapat kecaman hebat daripada netizen apabila mempamerkan babak percintaan dengan kaum sejenis.

Sumber: Threads