berita

Ada ‘Halal’ Tapi Menu Jual Khinzir, Lelaki Dedah Taktik Kotor Peniaga Di Myeondong Street

October 25th, 2019 | by Shahira
Kini Trending

Memang tidak dinafikan, gelombang dan pengaruh K-pop yang wujud di Malaysia ini dikatakan agak kuat sehinggakan ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang memilih negara Korea sebagai destinasi pelancongan mereka. Selain daripada industri muzik K-pop, keunikan rasa dan kepelbagaian hidangan makanan Korea ini juga menjadikan pelancong tertarik untuk mencuba makanan tradisional mereka.  Walau bagaimanapun, pemilihan makanan halal merupakan perkara yang perlu dititikberatkan oleh setiap umat Islam setiap kali melancong ke negara orang.

Terbaharu, viral satu video yang dimuat naik oleh Najib Ayub di akaun Twitternya menunjukkan taktik kotor yang digunakan oleh kebanyakan peniaga di Myeondong Street semata-mata untuk menarik pelancong dan melariskan jualan mereka.

Tukar signboard halal kalau pelancong Islam

Menurut lelaki ini, semasa berada di Myeondong Street, dia melihat peniaga di situ menukarkan signboard yang dipamerkan bergantung kepada pelancong yang melalui jalan tersebut.

Tambahnya lagi, peniaga tersebut menaikkan signboard yang memiliki logo halal apabila melihat ramai pelancong beragama Islam yang berkunjung di situ. Peniaga itu kemudiannya menurunkan semula signboard ‘halal’ tersebut dengan menukarkan kepada signboard biasa sekiranya menerima ramai pelancong yang bukan beragama Islam.

‘Halal’ tapi menu ada khinzir

Namun, apa yang lebih mengejutkan apabila peniaga di situ masih menggunakan signboard yang memiliki logo halal walaupun secara terang-terangan menu di kedai mereka mengandungi makanan yang berunsurkan haiwan khinzir.

Pengalaman netizen

Perkongsian ini telah mendapat 18, 500k retweet dan 7, 300 likes. Rata-rata daripada netizen turut berkongsi pendapat mereka mengenai isu ini dan ada juga yang turut menceritakan pengalaman mereka semasa melancong di Korea.

Sumber: Najib Ayub

SKIP THIS AD ×