berita

‘Ada Masa Sesuai Nanti Saya Akan Bercakap’ – Didakwa Curang, Shuk Sahar Beri Respon

August 3rd, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Sebelum ini, kecoh di media sosial mengenai desas-desus penyampai radio dan pengacara terkenal iaitu Shuk Sahar dikatakan pernah berlaku curang terhadap isterinya.

Dakwaan berlaku curang

Kisah kecurangan Shuk Sahar ini telah didedahkan menerusi akaun @laudyaTaylor hingga mencetuskan tanda tanya netizen mengenai kesahihan perkara terbabit. Bukan itu sahaja, dakwaan tersebut sedikit sebanyak telah mencetuskan kritikan terhadap Shuk.

Hubungan baik-baik sahaja

Hai assalamualaikum semua, Shuk nak ucapkan selamat hari raya aidiladha. Minta maaf ucapan lewat sikit. Baik kitaorang cuma nak bagi tahu, Shuk dengan isteri Alhamdulillah tak ada apa-apa dan inshaAllah kalau ada masa yang sesuai nanti Shuk akan bercakap.

Terbaru, menerusi perkongsian video Shuk Sahar di Ig Story miliknya memaparkan dia bersama isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah memberi ucapan sempena hari raya Aidiladha. Dalam kesempatan itu, mereka memberitahu akan ‘bercakap’ mengenai perkara yang viral itu pada waktu yang sesuai.

Shuk turut memaklumkan kepada orang ramai bahawa hubungannya bersama isteri tersayang berada dalam keadaan baik-baik sahaja.

Sumber: Shuk Sahar

SKIP THIS AD ×