berita

‘Aku Jadikan Dia Inspirasi’ – Shuk Sahar Takut Berpatah Balik, Terkesan Dengan Kes Tangkap Khalwat Aliff Aziz

March 19th, 2024 | by Maya
Kini Trending

Pelawak dan pengacara, Shuk Sahar akui terkesan dengan kes tangkap khalwat antara pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies, baru-baru ini.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Enggan Berpisah Dengan Ayah, Netizen Sebak Tengok Anak Shuk Sahar Menangis

Artikel berkaitan: [VIDEO] Shuk Sahar Pernah Bertegang Urat Dengan Ajak Shiro – ‘Takkan Pasal Benda Bodoh Kau Nak Bergaduh Dengan Aku?’

Aliff sebagai inspirasi

Menerusi temu bual di podcast OKLETSGO.SG, Shuk memberitahu pernah mengalami situasi yang lebih kurang sama dengan Aliff.

Disebabkan itu, Shuk menjadikan Aliff sebagai inspirasi untuk memperbaiki kehidupannya semula selepas dilanda kontroversi berlaku curang terhadap bekas isteri.

Straight to the point pasal kes Aliff Aziz, apa yang beza kali ini Aliff Aziz tenang, Ruhainies tenang. Esoknya Ruhainies boleh post gambar dia pegang bunga.

Aku takut. Sebenarnya kes Aliff Aziz ni dengan aku dia lebih kurang ‘timing’. Bila Aliff Aziz dapat tunjuk yang sisi dia patah balik dan dekat GV (Gegar Vaganza) dia jadi Imam.

Jadi pada masa tu dia salah seorang yang pengaruh aku untuk aku macam ‘aku kena contohi dia’.

Walaupun dia macam tu, dia patah balik, dia betulkan kehidupan dia. Aku pun ada sedikit sebanyak jadikan dia inspirasi.

Takut berulang lagi

Namun, perkara yang menimpa Aliff baru-baru ini membuatkan dirinya takut akan kembali ke masa lalu.

Bila berlaku macam ini, sebenarnya lebih kepada aku takut pada diri sendiri sebab aku macam dah berpatah balik, macam mana kalau tiba-tiba aku pulak jadi macam ni? Serius aku takut.

Terdahulu, bekas isterinya iaitu Rossa Sera memfailkan perceraian terhadap Shuk selepas pelawak itu didakwa curang dan sah bercerai pada 22 Mac tahun lalu.

Mereka mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata, Nur Qurratu Ain, 6 dan Nur Assyifatu Aimi, 3.

Kemudian, Shuk mendirikan rumah tangga kali kedua bersama Fara Salleh yang pernah dikaitkan dengan kes curang tersebut pada awal November lalu.

Sumber: OKLETSGO.SG

SKIP THIS AD ×