berita

‘Ada Orang Cuba Godam FB, Jangan Ingat Dayah Tak Tahu Siapa..Buatlah Bertaubat’ – Hidayah Abam

February 26th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Isteri Allahyarham Abam Bocey iaitu Siti Nor Hidayah Mohd Ali meluahkan perasaan marah terhadap individu yang cuba menggodam akaun media sosialnya seperti TikTok dan Facebook.

Artikel Berkaitan: ‘Hidayah Tak Guna Sihir, Ali Ni Memang Hati Berniat Buruk, Dia Memang Nak Rumah Tu’ – Jiran Abam Bocey

Artikel Berkaitan: Hidayah Tak Setuju Ali Puteh Bayar RM60,000 Secara Ansuran

‘Dia nak kacau Dayah punya bisnes’

Bercerita lanjut mengenai perkara tersebut, Hidayah memberitahu sebenarnya perkara ini sudah lama terjadi tetapi dia hanya bersabar. Tetapi kini, kesabarannya sudah memuncak. Ujar Hidayah lagi, dia tahu siapa individu yang berbuat demikian namun tidak mendedahkan siapa.

Hari ini Dayah tengah marah sebab ada orang cuba godam Dayah punya TikTok dengan Facebook. Dua hari berturut-turut, ada orang cuba nak ambil. Jangan ingat Dayah tak tahu siapa yang membuat, dekat mana, pukul berapa, nama orang siapa.

Selama ni dia cuba nak ambil Instagram Dayah dengan arwah suami, Abam. Tapi mereka tak dapat cuba ambil. So hari ini, Dayah memang cukup-cukup marah tau. Dia nak kacau Dayah punya bisnes.

Hidayah juga mempersoalkan mengapa individu terbabit berbuat demikian, adakah kerana mahu menjual akaun media sosial tersebut untuk mendapatkan wang. Sekiranya betul, alangkah bagusnya jika mereka mencari wang dari sumber yang halal seperti berniaga dan sebagainya.

Kenapa eh korang nak ambil, kenapa? Sebab korang nak jual, nak dapatkan duit? Kalau korang dah tak ada duit, korang berniaga lah. Cari duit yang halal, jangan nak cuba ambil Ig, Fb, TikTok orang.

Buat lah bertaubat. Dayah tak kacau orang, Dayah buat bisnes Dayah sendiri untuk besarkan anak Dayah. Korang jangan lah kacau Dayah. Nasihat Dayah jangan ambil hak orang.

Video

Sumber: Hidayah Hamzah

SKIP THIS AD ×