Pelakon, Datin Intan Najuwa memberitahu dia dan suami tidak merancang mengenai zuriat, sebaliknya menerima saja takdir dan rezeki Allah.
Artikel Berkaitan: Kopi Saksi Cinta Intan Najuwa & Datuk Ahmad Asraf Azman
Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Sah Bergelar Isteri Datuk, Terima Mas Kahwin RM20,000 & Wang Hantaran RM222,000
Tidak merancang
Kami tidak akan merancang, ada, ada, tiada, tidak mengapa. Ada rezeki, tidak kisah bila-bila, kami sentiasa sedia terima.
Menerusi laporan Harian Metro, Datuk Ahmad Azraf menyifatkan Intan seorang yang sangat manis dan bertanggungjawab lebih-lebih lagi dalam menjaga keluarga dan adik-beradiknya.
Ujar Intan pula, suaminya seorang yang sangat penyayang dan romantik, selain kelakar. Tambah Intan, dia berharap perkahwinan yang dibina kekal hingga ke syurga dan berbahagia selalu.
Semalam, pasangan ini dinikahkan Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Datuk Dr Nooh Gadut, tepat jam 6.45 petang dan sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz. Dalam majlis itu, Intan menerima mas kahwin berjumlah RM20,000 serta wang hantaran bernilai RM222,000. Angka dua diambil sempena simbolik kepada tempoh perkenalan pasangan dua sejoli itu yang masuk tahun kedua.
Sumber: Harian Metro