
Pelakon Datin Intan Najuwa menitipkan ucapan romantis buat suaminya, Datuk Ahmad Azraf Azman sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ketiga.
Artikel Berkaitan: Hasrat VBAC Tak Kesampaian, Intan Najuwa Pilih C-Section Demi Keselamatan Bayi
Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Timang Anak Kedua – ‘Selamat Datang Ke Dunia, Imane Laudya’
Intan Najuwa titip ucapan anniversary

Menerusi hantaran di Instagram, Intan Najuwa mengakui suaminya sentiasa menjadi insan terbaik buat dirinya sepanjang tiga tahun mendirikan rumah tangga, selain tidak pernah jemu menyayangi dan memanjakannya.
Perkahwinan memang indah bila kita berkahwin dengan sahabat baik sendiri. Sepanjang tiga tahun ni, awak memang tak pernah kurang daripada yang terbaik untuk saya.
Terima kasih sebab sentiasa manjakan saya, sayang saya tanpa syarat dan sentiasa ada setiap kali saya perlukan awak.
Intan turut meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan dua cahaya mata perempuan yang menjadi pelengkap dia dan suami.
Allah dah kurniakan kita dua cahaya mata perempuan yang sangat cantik, dan saya akan sentiasa bersyukur dengan keluarga kecil yang kita bina bersama.
Pelakon drama Racun Rihanna itu turut mengenang kembali momen ketika suaminya sentiasa berada di sisinya sepanjang tempoh kehamilan sehingga selepas melahirkan anak.
Awak ada dengan saya ketika saya berada di titik paling rendah. Sepanjang kehamilan, awak tak pernah tinggalkan saya. Awak pegang tangan saya erat-erat dalam OT ketika saya takut. Awak juga ada bersama saya ketika saya mula berjalan selepas bersalin.
Awak tetap ada menemani saya melalui malam-malam yang penuh dengan tangisan dan hari-hari selepas bersalin ketika emosi saya tak menentu. Awak dah lihat saya dalam keadaan paling rapuh, tapi tak pernah sekalipun buat saya rasa keseorangan.
Dalam pada itu, Intan turut meluahkan rasa syukur atas perkahwinan yang dibina serta dikurniakan seorang suami yang penyayang.
Perkahwinan bukan sekadar tentang menyayangi satu sama lain pada hari-hari yang baik, tetapi tentang dua insan yang memilih untuk terus menjaga satu sama lain dalam setiap fasa kehidupan.
Terima kasih untuk tiga tahun yang sangat indah ni, sayang. Saya sayang sayang, hari ini, esok dan selamanya. Selamat ulang tahun perkahwinan buat kita.






![[VIDEO] ‘Saya Harap Kebenaran Akan Berpihak Kepada Kami’ – Caprice](https://asset.ohbulan.com/2026/08/caprice-3.jpg)

