
Pengarah dan penerbit filem Tiket Sehala, Rahila Ali memberikan penjelasan mengenai poster karya tersebut yang didakwa lebih menonjolkan pelakon dari Korea Selatan berbanding pelakon tempatan.
Artikel Berkaitan: Filem Tiket Sehala Angkat Isu Job Scam & Pemerdagangan Manusia Ke Layar Perak Ogos Ini
Artikel Berkaitan: ‘Tiket Sehala’ Angkat Kisah Mangsa Scam Kerja Luar Negara, Gabung Pelakon Empat Benua
Penjelasan pengarah

Ketika ditemui OhBulan!, Rahaila berkata, pemilihan konsep poster tersebut dibuat bukan untuk mengetepikan barisan pelakon tempatan, sebaliknya ia mempunyai kaitan dengan jalan cerita yang dipaparkan dalam filem berkenaan.
Pada sesiapa yang bertanya, itulah sebab mengapa anda kena ke panggung.
Kenapa watak villain itu lebih besar daripada watak pelakon-pelakon kita, ada sebabnya dan bukan kita sengaja buat begitu.
Menurut Ruhaila, pihaknya juga mahu tampil dengan kelainan berbanding menggunakan konsep sama seperti filem-filem lain.
Sebelum ini ramai yang komen kebanyakkan poster filem menggunakan AI dan ada juga yang kata, hanya susun-susun wajah pelakon.
Ada juga yang kata, asyik ulang ambil pelakon yang sama, jadi kita berusaha memberi kelainan dan wajah-wajah yang lain dalam filem ini.
Namun, Ruhaila berasa kecewa apabila usaha untuk tampil dengan konsep berbeza itu memberi persepsi bahawa mereka seolah-olah mahu memberi keutamaan kepada pelakon luar negara.
Jadi kami buat kelainan tetapi bila buat begitu orang di luar sana cakap kita mahu besar-besarkan artis luar negara.
Tapi tidak sebenarnya, kisah dari filem ini sendiri menggambarkan sebab mengapa konsep poster kita begitu.
Rahila berkata demikian ketika ditemui pada sesi ‘Meet & Greet’ barisan pelakon Tiket Sehala bersama penunggang motosikal Ducati Bikes, di Central i-City Shah Alam pada Ahad.
Bagaimanapun, Rahila tetap menerima setiap kritikan dan pandangan dengan hati yang terbuka terhadap naskah tersebut.
Saya ada baca, saya bukan defensive. Saya terima secara terbuka kerana kita semua tidak sempurna.
Apa sahaja pandangan mereka, kita patut perbaiki pada masa akan datang.
Untuk info, filem bergenre survival thriller ini sudah mula ditayangkan kepada penonton di seluruh pawagam Malaysia bermula 6 Ogos lalu.
Antara pelakon yang membintangi Tiket Sehala ialah Noki K-Clique, Jaa Suzuran, Sharifah Sakinah, Sheila Mambo, Ardell Aryana, Hasnul Rahmat, Zaki Yamani, Ainee Mustafa dan Saha Champ.






![[VIDEO] Netizen Puji MUA Bellaz Hadiahkan Smiggle Untuk Rakan Sekelas Anak – ‘Dia Tahu Bukan Semua Ibu Bapa Mampu’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/bellaz2.jpg)

