Pelakon, Alya Iman berjaya melakukan perubahan besar terhadap penampilan fizikalnya apabila menurunkan berat badan sebanyak 15 kilogram dalam tempoh lima bulan.

Artikel Berkaitan: Alya Iman Buat Laporan Polis, Kecewa Didakwa Punca Pergolakan Rumah Tangga Zizi & Yusuf Bahrin

Kena body shaming

Alya atau nama lengkapnya Nur Alya Iman Azmil, 24, berkata, dia memilih untuk mengamalkan gaya hidup lebih sihat menerusi rutin senaman harian di gimnasium serta kawalan pemakanan yang ketat.

Jelas Alya, usaha tersebut bukan sekadar demi penampilan, sebaliknya didorong keinginan untuk menjaga kesihatan dan mencabar diri dalam genre lakonan yang berbeza.

Berat asal saya 70 kg. Alhamdulillah, saya berjaya turun sebanyak 15 kilogram dalam masa lima bulan. Saya memang tak kerja, duduk rumah pergi gym hari-hari, jaga makan dan saya ada masuk kelas martial art.

Cuma buat masa ini saya tak berapa nak sihat sangat, jadi saya berhenti sekejap pergi gym untuk berehat. Saya memang nak kurus, bukan sebab tuntut kerja.

Sebagai seorang pelakon, kena kurus. Tapi saya kurus memang sebab diri sendiri. Nak jadi lebih sihat, nak cuba berlakon aksi.

Alya berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di The Power Play Pickleball Tournament 2025 yang berlangsung di Tomaz Pickleball, Subang, pada Isnin.

Dalam pada itu, Alya turut membuka cerita mengenai pengalaman pahit apabila pernah menjadi mangsa ‘body shaming’ sepanjang bergelar anak seni, khususnya ketika terlibat dalam penggambaran.

Ada beberapa orang yang tegur saya cakap ‘awak ini heroin, mana boleh gemuk, kenalah kurus’. Orang dalam industri juga yang cakap, bukan seorang tapi ramai juga.

Saya ada terasa hati dengan teguran itu, kita pun manusia. Mungkin kalau nak tegur ada caranya. Masa tengah shooting, dia cakap ‘you heroin, tengok la supporting you lagi kurus daripada you’.

Tapi itulah mentaliti kita, sedangkan dekat luar negara ada saja heroin yang berbadan berisi. Mungkin kita punya mentaliti kena ubah.