berita

Ada Unsur Keagamaan Di Festival Bon Odori, MB Selangor Akan Rujuk Pihak Berwajib

June 8th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Ekoran timbul isu status Bon Odori yang dikaitkan dengan upacara keagamaan, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengakui bahawa kerajaan Selangor tidak pernah menerima sebarang nasihat, dan akan merujuk pihak berwajib.

Hanya sebuah acara kebudayaan

Gambar sekadar hiasan (Foto: KYODO)

Memetik laporan Astro Awani, Amirudin berkata, kerajaan negeri sebelum ini tidak pernah menerima sebarang nasihat dan pandangan berkaitan isu berkenaan kerana ianya dianggap satu acara kebudayaan.

Menurutnya, acara itu juga diadakan atas semangat dasar pandang ke timur selain merapatkan hubungan antara syarikat serta individu yang mempunyai kaitan dengan Jepun.

Walau bagaimanapun Amirudin akan mendapatkan maklumat terperinci daripada pihak berwajib bagi mendapatkan nasihat berkaitan isu keagamaan di sebalik penganjuran Bon Odori.

Semua program ada aktiviti doa. Majlis hari raya pun baca doa… takkan itu dianggap upacara keagamaan?

Sebab itu saya kena dapatkan pandangan sebenar adakah acara itu menjurus kepada keagamaan atau kebudayaan.

Bagaimanapun Amirudin berkata, kerajaan negeri tiada halangan penganjuran Bon Odori diteruskan, selaras dengan dasar kerajaan negeri yang memberi ruang kepada kaum-kaum lain untuk menyambut perayaan agama lain.

Sumber: Astro Awani

SKIP THIS AD ×