Zakat fitrah adalah zakat diri yang difardhukan, iaitu wajib ke atas setiap individu lelaki dan perempuan beragama Islam yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Pembayaran zakat fitrah bukan sahaja menjadi amalan ibadah, tetapi juga medium untuk memperkukuh rasa tanggungjawab sosial dalam masyarakat.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sharifah Shahirah Bawa Odah Tunai Zakat – ‘Walaupun Sikit Awak Bayar Tapi Cakna’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fila & Adama Bayar Zakat RM35k, Netizen Doa Rezeki Sentiasa Lancar

Bayaran zakat fitrah

View on Threads

Menerusi perkongsian di Threads, pihak Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menjelaskan tentang zakat fitrah terhadap bayi yang masih di dalam kandungan.

Zakat fitrah tidak diwajibkan ke atas bayi yang berada di dalam kandungan.

Tidak wajib bagi bapanya untuk membayar zakat fitrah bagi pihak bayi tersebut.

Selain itu, pihak Pusat Pungutan Zakat MAIWP juga menjelaskan apabila terdapat situasi di mana bayi yang lahir pada bulan Ramadan tetapi meninggal dunia.

Tidak perlu, kerana syarat untuk zakat fitrah bagi bayi adalah sama ada bayi lahir sebelum atau pada bulan Ramadan dan hidup sehingga masuk ke bulan Syawal.

Guna beras berlainan

View on Threads

Dalam masa sama, pihak Pusat Pungutan Zakat MAIWP turut menjawab persoalan warganet mengenai kadar zakat bagi ibu bapa dan bayi yang menggunakan jenis beras berlainan.

Kadar wajib adalah RM8.00, tapi kalau nak bayar kadar yang lebih pun tak ada masalah.

Sumber: Threads