berita

‘Ada Yang Menganggap Tindakan Itu Sebagai Lakonan, Ia Satu Penghinaan Buat Saya..’

October 26th, 2018 | by Ash Nordin
Isu & Kontroversi

Nama pelakon dan pengarah, Ellie Suriaty Omar kini menjadi topik perbualan hangat netizen gara-gara semangat yang ditunjukkan dalam memberi sokongan kepada UMNO. Terbaru, video pelakon wanita itu memberi ucapan protes dalam memperjuangkan UMNO juga menjadi bahan kecaman orang ramai.

Malah ada juga yang mendakwa Ellie melakukan semua itu semata-mata kerana wang. Ini respon Ellie mengenai isu tersebut.

‘Takkanlah saya sanggup memperjudikan kerjaya seni..’

Ellie Suriaty meluahkan rasa terkilan apabila perbezaan fahaman politik membuatkan dirinya menjadi bahan kecaman orang ramai dan juga rakan selebriti. Lebih membuatkannya rasa sedih apabila sesetengah selebriti mendakwa semangatnya untuk memperjuangkam UMNO adalah kerana wang.

Saya pernah menegur seorang selebriti apabila dia mendakwa tindakan saya dan seorang teman menangis ketika bekas isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai sangat lucu, selain saya kononnya dibayar.

Kenapa perlu buat tuduhan sedemikian, sedangkan saya lihat dirinya sendiri tidak pernah menyumbangkan apa-apa. Takkanlah saya sanggup memperjudikan kerjaya seni yang sudah berusia dua dekad semata-mata kerana duit?

Jika betul saya dibayar, perjuangan saya akan jadi seperti yang dibayar, bukannya seperti dilakukan ketika ini.

‘Saya terpanggil untuk bersuara kerana berang..’

Ellie turut menafikan dakwaan sesetengah pihak kononnya ucapan protes dilakukannya di depan ibu pejabat SPRM sebagai lakonan. Video itu tular di media sosial beberapa hari lalu.

Apabila ada yang menganggap tindakan itu sebagai lakonan, ia satu penghinaan buat saya. Kerjaya lakonan adalah sesuatu yang profesional dan kita tidak boleh nak berlakon ikut suka-suka sahaja.

Saya bukan seorang ahli politik, tetapi aktivis. Saya terpanggil untuk bersuara kerana berang apabila ada ura-ura mahukan UMNO dibubar.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×