
Meskipun banyak menurunkan ilmu kepada pelakon-pelakon muda, itu tidak membuatkan pelakon berpengalaman, Ellie Suriaty mengenakan bayaran terhadap pendatang baharu yang menuntut ilmu berlakon dengannya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ellie Suriaty Dilamun Cinta Dengan Jejaka Berusia Lewat 30an – ‘Tak Nak Cerita Lebih, Takut Tak Jadi..Malu’
Artikel Berkaitan: Ellie Suriaty Masih Buka Pintu Kemaafan Untuk Imran Bard – ‘Nanti Mati Tak Merangkak Di Mahsyar’
Ikhlas kongsi ilmu

Ketika ditemui OhBulan!, Ellie atau nama lengkapnya Ellie Suriaty Omar berkata, dia tidak sampai hati untuk mengenakan bayaran dan ikhlas menurunkan ilmu kepada pendatang baharu dalam dunia lakonan.
Alhamdulillah ramai yang datang belajar dengan saya dan saya tak caj. Memang dari dulu.
Saya rasa saya tak boleh kenakan caj sebab saya rasa tak seronok.
Kalau produser yang panggil saya, saya caj sebab ada kontrak dan bajet sebab saya pun penerbit, jadi saya tahu bagaimana proses itu.
Jadi yang itu saya caj, tak kisahlah nak hantar pada saya berapa orang, 10 hingga 20 orang, caj tetap sama.
Saya pula jenis mengajar ‘cover to cover’. Tapi kalau aktor datang pada saya, tak kira berapa kali pun, saya tak boleh nak caj.
Tambah pelakon berusia 53 tahun itu, dia juga mahu amalan tersebut dijadikan sebagai bekalannya di akhirat.
Tiga perkara yang saya mahu bawa mati, antaranya adalah ilmu bermanfaat yang saya tinggalkan untuk yang masih hidup.
Sebab sedekah itu lagi besar, kerana ilmu itu dia boleh bagi pada orang lain juga kalau orang itu tak sempat belajar dengan saya.
Ellie berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem ‘ParaXnormal’ yang diadakan di GSC IOI Mall, Damansara pada Jumaat.
Remy Ishak & Mira Filzah pernah menuntut ilmu

Berkongsi lanjut, Ellie mamaklumkan antara selebriti pernah dilatihnya termasuklah Datuk Remy Ishak, Mira Filzah, Kamal Adli, Siti Khadijah dan Izara Aishah.
Mira Filzah semua datang belajar dengan saya, sejak saya ‘coach’ dia menerusi filem arahan Osman Ali, Munajat Kekasih.
Remy Ishak sebelum jadi Datuk, Kamal Adli, Siti Khadijah pun pernah sebab kontrak latihan untuk filem Munajat Kekasih..
Izara Aishah pun datang pada saya selepas dia putuskan untuk huat ‘comeback’ menerusi Keluarga Itu. InsyaAllah bila saya ada masa bolehlah saya luangkan masa saya untuk dia atau yang lain.
Tapi kalau masa tidak mengizinkan, memang saya minta maaf. Saya selalu rasa tak seronok kalau saya tak boleh tunaikan, jadi saya akan cuba bantu juga.
Dalam perkembangan lain, Ellie bakal tampil menerusi filem Paraxnormal yang bakal ditayangkan di seluruh pawagam 28 Ogos ini.
Filem yang turut dibintangi Joey Daud, Azhan Rani, Epy Kodiang, Amir Nafis dan Kamarool Yusoff ini bertemakan seram komedi yang membawa pendekatan segar dalam genre seram tempatan.






