
Pelakon dan pengacara Uyaina Arshad kini bersedia melahirkan anak ketiga melalui pembedahan Caesar (C-section).
Artikel Berkaitan: ‘Untuk Cipta Kontroversi, Saya Diminta Pergi Club & Pegang Arak’ – Uyaina Arshad
Artikel Berkaitan: Uyaina Arshad Akui Takut Nak Bersalin, Perut Bakal Dibedah Kali Ketiga – ‘Rasa Macam Nak Pergi Berperang’
Bersalin anak ketiga
View on Threads
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, pemilik nama Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 33, dilihat berkongsi momen sebelum bersalin.
Meskipun sudah dua kali bersalin, Uyaina mengaku masih diselubungi rasa takut selepas tiga kali menjalani pembedahan di tempat yang sama.
Perasaan? Takut. Takut yang tak boleh nak diluahkan. Serah diri untuk berserah pasrah.
Adakah akan terus hidup atau nyawa berganti.
Tiga kali dibedah ditempat yang sama. Tiga kali tujuh lapisan kulit dipotong.
Dan tiga kali juga aku belajar tentang erti tawakkal yang sebenar.
Belajar untuk bersimpuh pada ketentuan-Nya. Dan belajar untuk melabuhkan doa tanpa henti.
Dalam pada itu, Uyaina berharap agar ketakutan yang dirasainya digantikan dengan berita gembira.
Aku cuma berharap Allah beri kekuatan dan menghapuskan rasa takut ini.
Semoga kegusaran ini digantikan dengan berita menggembirakan. Mohon doa yang baik-baik dari kalian semua.
Untuk rekod, Uyaina atau Saidatul Naseha Uyaina Arshad mendirikan rumah tangga dengan suami, Raja Syahiran Raja Azhanrianshah pada 21 Disember 2021.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata Raja Urhan, 3 dan Raja Urayyan yang kini berusia setahun.
Sumber: Threads @uyainaarshad