berita

‘Adakah Islam Beri Lesen Untuk Bunuh Tanpa Sebab?’ – Ustaz Didakwa Selalu Panah Anjing Milik Pekebun

May 19th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Gambar sekadar hiasan

Seorang individu mendedahkan bahawa jirannya yang juga merupakan seorang ustaz sering memanah anjing yang lalu lalang di kawasan rumahnya.

Artikel Berkaitan: Kongsi Video Bela Anjing K9 Di Media Sosial, Fezrul Khan Terkilan Ada Individu Tergamak Cuba Bunuh Haiwan Peliharaannya

Artikel Berkaitan: Anjing Dibiar Mati Dalam Kereta, Wanita Dakwa Tak Dapat Bau Bangkai Angkara Covid-19

Nak tegur

Menerusi perkongsian seorang individu yang tidak dikenali kepada salah seorang pengguna laman sosial Twitter, dia meminta pandangan warganet bagaimana untuk menegur perbuatan ustaz tersebut.

Ada seorang ustaz iaitu salah seorang jiran saya tetapi saya tidak suka dengan kelakuannya yang suka memanah anjing yang lalu di kawasan rumah.

Kadang kala anjing-anjing itu tidak mati terus menerus tetapi masih lari menjerit-jerit dengan anak panah yang masih tercucuk di kepala.

Macam mana cara paling sopan untuk menegur orang seperti ini?

Dalam pada itu, dia turut mempersoalkan adakah agama Islam membenarkan penganutnya membunuh anjing tanpa sebab.

Adakah Islam memberi lesen untuk membunuh anjing? Anjing yang dipanah ini kebanyakkanya dimiliki oleh pemilik kebun-kebun di kawasan ini.

Dia membunuh tanpa sebab. Anjang lalu sahaja dia panah. Sedih dengar anjing-anjing itu menangis sebab kesakitan kerana tak terus mati.

‘Agama tak ajar kezaliman..’

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata ramai warganet yang menyelar tindakan ustaz tersebut dengan menyatakan bahawa kelakuannya itu adalah penderaan terhadap haiwan dan menyifatkannya sebagai perbuatan yang kejam.

Malah warganet juga meminta agar individu tersebut melaporkan perbuatan ustaz itu kepada pihak yang bertanggungjawab supaya tindakan dapat diambil.

Sumber: Twitter

SKIP THIS AD ×