berita

Anjing Dibiar Mati Dalam Kereta, Wanita Dakwa Tak Dapat Bau Bangkai Angkara Covid-19

June 13th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Seorang wanita di Indiana, Amerika Syarikat yang mengaku tidak dapat menghidu bau bangkai anjing di dalam kereta miliknya, ditahan pihak berkuasa tempatan.

Rumah dipenuhi najis anjing

Gambar sekadar hiasan (Foto: Insider)

Memetik laporan Insider, Jennifer Lair yang berasal dari Brownsburg, Indiana berdepan tuduhan kekejaman terhadap haiwan, serta pengabaian kanak-kanak selepas pihak berkuasa menemukan keadaan rumahnya dalam keadaan ‘jijik’.

Berdasarkan laporan, jabatan kebajikan kanak-kanak daerah Hendricks, Indiana menemui najis anjing bersepah di dalam kediaman milik Jennifer, di mana dia dan anak lelakinya tinggal.

Terdahulu, bapa kepada kanak-kanak 8 tahun tersebut hadir untuk membawa dia pergi dan tinggal bersama dengan datuknya, dan ketika berada di rumah Jennifer, dia menyifatkan bau rumah itu ibarat bau ‘kematian’.

Laporan kemudian dibuat kepada jabatan kebajikan kanak-kanak bahawa Jennifer sering menyuruh kanak-kanak itu untuk mengutip najis anjing di dalam kawasan rumah mereka kerana dia mengalami sakit tulang belakang.

Pemeriksaan polis di kediaman Jennifer menemui satu bangkai anjing di dalam tong sampah, dan beberapa hari kemudian, satu lagi bangkai anjing ditemukan di dalam sebuah sangkar di dalam kereta miliknya.

Menurut laporan, ketika disoal tentang bangkai tersebut yang tidak diruruskan dengan sewajarnya, dia menjawab bahawa dia dijangkiti Covid-19, dan tidak mempunyai deria bau.

Sumber: Insider

SKIP THIS AD ×