Penyanyi, Nourul Depp mengimbau kembali detik sukar yang pernah dilaluinya ketika mula berhijrah di Kuala Lumpur pada usia 16 tahun.

Artikel Berkaitan: ‘Untuk Anak Sulung, Berharap Dia Kembali Sewaktu Saya Masih Hidup’ – Nourul Depp

Artikel Berkaitan: Nourul Depp ‘Backup’ Sajat, Akui Tak Pernah Burukkan Malaysia – ‘Jauh Sekali, Sayang Lagi Ada Lah’

Pernah hidup susah

Menerusi satu hantaran di Threads, seorang individu berkongsi peringatan agar orang ramai sentiasa bersyukur dengan apa yang dimiliki meskipun berdepan pelbagai cabaran hidup.

Pernah kira duit syiling nak beli makan?

Kalau tak pernah, jangan cakap pernah hidup susah, syukur selalu.

Perkongsian tersebut menarik perhatian Nourul, 49, yang kemudian mengimbau pengalaman hidupnya ketika remaja dan mula berdikari di Kuala Lumpur.

Menurutnya, dia pernah hanya mempunyai 50 sen untuk menghubungi ibunya menerusi telefon awam, manakala baki 50 sen lagi digunakan untuk membeli makanan.

Saya. Waktu kali pertama hidup Di KL. Usia 16 tahun. 50sen call mak. 50sen beli makan

Saya pernah hidup susah.

Waktu pertama kali hidup di Kuala Lumpur, ketika itu saya berusia 16 tahun.

Saya gunakan 50 sen untuk call mak dan 50 sen lagi untuk beli makanan.

Lebih menyentuh hati, Nourul berkata ada ketika dia hanya mampu mengalas perut dengan biskut semata-mata untuk memastikan masih mempunyai wang mencukupi bagi menghubungi ibunya dan bertanya khabar.

Adakala saya makan biskut sahaja.

Asalkan dapat call mak.

Tahun 1994.

Sumber: Threads