
Penyanyi Nourul Depp tampil bersuara mengenai isu membabitkan usahawan dan personaliti media sosial, Sajat Kamaruzzaman yang didakwa memburukkan nama Malaysia.
Artikel Berkaitan: ‘Jika Datang Rumah Saya Berniat Jahat, Akan Berlaku Sesuatu’ – Nourul Depp Dedah Kediaman Di Bali Ada ‘Penjaga’
Artikel Berkaitan: Sajat Sebak Ramai Datang Kedai, Kongsi Terima Banyak Kata Semangat – ‘Walau Tak Beli, Dah Cukup Buat Saya Bahagia’
Tak pernah burukkan nama Malaysia
Menerusi hantaran di Threads, Sajat tampil menjelaskan mengenai dirinya yang disalah tafsir segelintir netizen.
Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak ada kena-mengena dengan isu Rohingya yang sedang hangat diperkatakan di Malaysia ketika ini.
Saya juga tidak pernah memburukkan Malaysia. Malaysia ialah tanah tumpah darah saya.
Jadi saya harap orang ramai juga dapat menghormati perkara tersebut dan berhenti mengheret nama saya ke dalam perdebatan yang langsung tidak melibatkan saya.
Ciapan tersebut turut meraih perhatian Nourul, 48, yang tampil menafikan dakwaan bahawa Sajat memburukkan Malaysia.
Menurut Nourul, Sajat mempunyai rasa kasih yang mendalam terhadap Malaysia selepas berpeluang bertemu dan berbual dengan personaliti media sosial berusia 41 tahun itu ketika berada di Australia pada 2022.
Sajat nak burukkan Malaysia? Jauh sekali.
Sayang lagi ada lah. Saya pernah berjumpa dan bercakap dengan dia. Dia tak pernah cakap perkara negatif tentang Malaysia.
Dia lebih rindukan Malaysia. Terutama anak-anak dan ibunya.
Sumber: Threads @nouruldepp