berita

Adam AF2 Keluarkan Single Terbaru, “Ujian Hidup” Sempena Ramadhan

August 1st, 2012 | by Ai
Kini Trending

Semalam bertempat di One World Hotel First Avenue Bandar City Centre, Petaling Jaya, Selangor telah berlangsungnya Majlis Berbuka Puasa bersama pihak Astro Shaw Sdn Bhd. Majlis telah dimeriahkan dengan kehadiran artis-artis terkenal tanah air seperti Shaheizy Sam, Adam AF2, Zizan Raja Lawak, dan tidak ketinggalan juga pasangan bahagia Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya.

Menerusi majlis berbuka puasa ini, pihak OHBULAN! sempat menemubual penyanyi dan juga Mentor untuk musin ke-6 tahun ini, Adam AF2 berkaitan dengan perkembangan terbaru beliau. Beliau menyatakan bahawa baru sahaja mengeluarkan single terbaru yang berjudul “Ujian Hidup”. Single terbarunya ini lebih bersifat keagamaan, memandangkan sekarang adalah bulan Ramadhan.

Selain itu, Adam turut memaklumkan dalam proses untuk menyiapkan album penuh featuring dengan kumpulan VIP dan dalam masa yang sama, beliau turut menyiapkan sebuah lagu untuk protegenya, KJ. Disamping itu, Adam turut merancang untuk menyatukan kumpulan VIP dan KJ dalam sebuah lagu duet.

Apabila merujuk kepada persediaan sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi, Adam memaklumkan bahawa beliau sedang membuat persediaan badget untuk tiga orang adiknya. Selain itu, Adam turut dikatakan bakal balik beraya di Sabah pada tahun ini sekiranya jadualnya tidak padat.

Khas untuk pembaca OHBULAN! mari layan lagu single terbaru Adam yang berjudul “Ujian HIdup” :