
Pelakon, Adam Corrie meluahkan rasa terkilan selepas tersebarnya berita palsu mengenai kematiannya di media sosial, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Adam Corrie Pernah Diuji Tiada ‘Job’ Selepas Peluk Islam, Isi Masa Dengan Majlis Imu – ‘Allah Bagi Jalan Yang Saya Rasa Sangat Seronok’
Adam rasa terkilan
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Adam atau nama lengkapnya Adam Corrie Lee Abdullah memuat naik satu tangkap layar sambil menegaskan bahawa dia masih hidup dalam keadaan yang sihat walafiat.
Assalamualaikum semua, baru-baru ini saya menerima banyak mesej bertanyakan tentang khabar angin yang mengatakan saya telah meninggal dunia.
Alhamdulillah, saya masih sihat dan aktif seperti biasa.
Menerusi hantaran yang sama, pelakon filem ‘KL Gangster’ itu menitipkan pesan kepada orang ramai untuk menyemak kesahihan apa-apa berita terlebih dahulu.
Fitnah sebegini bukan sahaja membingungkan keluarga dan rakan-rakan saya, malah boleh menimbulkan kebimbangan di kalangan mereka yang mengenali saya.
Di akhir perkongsian, Adam berharap orang ramai mendoakannya dan keluarga supaya sentiasa berada di dalam lindungan Allah SWT.
Posting Adam Corrie
Sumber: IG Adam Corrie