Pelakon Adam Corrie memberi pendapat tentang segelintir kaum wanita yang gemar meminta pandangan selebriti dan pendakwah lelaki mengenai masalah peribadi mereka.

Artikel Berkaitan: Adam Corrie Kesal Berita Palsu Kematian Tersebar Di Internet – ‘Saya Masih Sihat & Aktif Seperti Biasa’

Artikel Berkaitan: Adam Corrie Nasihat Mualaf Bertatu – ‘Pakailah Baju Berlengan Panjang, Untuk Jaga Adab & Elak Fitnah’

Cari pakar

Menerusi hantaran di Threads, Adam atau nama lengkapnya Adam Corrie Lee Abdullah, menasihati para wanita untuk tidak berbuat demikian berikutan golongan tersebut berkemungkinan bukan individu yang sesuai untuk dijadikan rujukan.

Jika cik atau puan sedang ada masalah, sebaiknya elakkan daripada DM atau PM artis lelaki, influencer lelaki atau ustaz untuk meluahkan perasaan dan masalah.

Mungkin niat kita sekadar ingin berkongsi atau mencari pandangan, tetapi hakikatnya mereka bukan pihak yang sesuai untuk menyelesaikan masalah peribadi kita.

Oleh itu, Adam berpendapat, adalah lebih baik untuk mereka mencari seseorang atau mana-mana pihak yang boleh dipercayai untuk meluahkan masalah supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini.

Lebih baik kita bercerita dengan rakan sejenis atau individu yang benar-benar dipercayai.
Zaman sekarang, macam-macam boleh berlaku.

Kita perlu lebih berhati-hati agar tidak timbul salah faham, niat yang tidak baik, atau perkara yang boleh membawa kepada situasi di luar kawalan. Orang ambil kesempatan pun ramai.

Nasihat ini juga dituju khas untuk saya.

Pengalaman sendiri

Dalam pada itu, pelakon filem KL Gangster tersebut menegaskan bahawa pandangan yang diberikan adalah berdasarkan pengalamannya sebelum ini dan hantaran tersebut tidak ditujukan kepada mana-mana individu.

Sementara itu, rata-rata warganet di ruangan komen turut bersetuju dengan pesanan yang diberikan oleh Adam.

Sumber: Threads Adam Corrie