Pelakon, Adam Corrie meluahkan rasa syukur apabila menerima Anugerah Tokoh Mualaf di acara Konvensyen Muallaf Madani yang berlangsung pada Rabu.

Artikel Berkaitan: Adam Corrie Respon Isu Kekasih Ben Amir Diserang Netizen Kerana Penampilan – ‘Mualaf Sedang Bertatih & Cari Kekuatan’

Tokok Mualaf

Menerusi hantaran di Instagram, Adam, 57, berkata, pengiktirafan itu amat bermakna buat dirinya dan merupakan satu penghormatan besar.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah. Saya diberi penghormatan menerima Anugerah Tokoh Muallaf dalam Bidang Ekonomi.

Ini merupakan anugerah kedua selepas menerima Tokoh Maal Hijrah Saudara Kita peringkat Negeri Selangor pada tahun 2017.

Dalam hantaran sama, Adam mendedikasikan anugerah itu kepada semua pihak yang mendukung kerjayanya selama ini.

Setiap pengiktirafan ini bukan milik saya seorang, tetapi milik semua yang sentiasa mendoakan, menguatkan dan membuka ruang untuk saya terus berkhidmat.

Semoga Allah memberkati setiap langkah, menjadikan perjalanan ini sebagai asbab kebaikan kepada lebih ramai saudara baru yang sedang mencari kekuatan dan sinar hidayah.

Sumber: Instagram