
Pelakon Adam Corrie meluahkan rasa kesal terhadap segelintir individu yang terlalu mudah mengecam dan menjatuhkan hukum terhadap seorang mualaf.
Artikel Berkaitan: Teman Wanita Ben Amir Peluk Islam – ‘Alhamdulillah Untuk Permulaan Baharu’
Artikel Berkaitan: Adam Corrie Kesal Berita Palsu Kematian Tersebar Di Internet – ‘Saya Masih Sihat & Aktif Seperti Biasa’
Pengalaman Adam

Menerusi hantaran di Threads, Adam atau nama lengkapnya Adam Corrie Lee Abdullah, memuat naik artikel berkenaan teman wanita aktor, Ben Amir yang diserang warganet selepas seminggu bergelar mualaf.
Terkesan dengan perkara tersebut, Adam turut berkongsi pengalaman sama ketika di awal fasa mendalami agama Islam.
Awal-awal saya masuk Islam dulu, beginilah tekannya.
Ramai lebih suka mengkritik dari membimbing. Padahal mualaf sedang bertatih, sedang mencari kekuatan.
Justeru, Adam menyeru agar orang ramai memberikan ruang dan masa untuk wanita itu menjalani proses perubahan kerana setiap insan melalui perjalanan iman yang berbeza.
Dalam masa yang sama, sebagai penganut agama Islam, Adam juga menekankan tentang tauladan yang baik kerana ia adalah asas kepada dakwah yang berkesan.
Kalau benar kita sayang agama, kita sepatutnya memudahkan bukan menakutkan.
Beri ruang, beri masa dan beri contoh yang baik.
Hidayah itu milik Allah, bukan milik manusia yang menilai.
Terdahulu, Maiya atau nama Islamnya Liana Alana ditemani Ben ke pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Kuala Lumpur untuk melafazkan kalimah syahadah.
Sumber: Threads Adam Corrie








