
Pelakon, Adam Lee tetap berpuas hati dan bangga dengan dirinya meskipun tewas di tangan aktor dan pempengaruh, Alif Muhaimin dalam perlawanan Fury Redemption yang berlangsung pada Ahad.
Artikel Berkaitan: Sweet Qismina Sakit Hati Baca Komen Netizen Fitnah Adam Lee – ‘Dia Cengkung Sebab Turun Berat, Nak Fight’
Artikel Berkaitan: ‘Malaysia Bukan Tiada Pelakon Aksi, Cuma Tak Diberi Peluang’ – Adam Lee
Stamina punca kalah

Adam atau nama lengkapnya Muhammad Arif Adam Mohamed Fadlee, 31, mengakui staminanya tidak berada di tahap terbaik ketika pertempuran sengit tersebut berlangsung.
Selepas tujuh tahun bermain secara amatur dan buat pertama kali secara profesional. Sebelum masuk gelanggang saya sudah tanam dalam fikiran, menang atau kalah itu perkara kedua.
Meskipun tewas, saya yakin sudah buat yang terbaik pada pusingan pertama. Walaupun Alif pecahkan saya di muka, saya juga pecahkan kepala dia.
Saya akui kalah pada stamina dan itu memang satu kelemahan. Alif punya stamina memang luar biasa. Pusingan kedua, kepala saya macam berpusing, itu tanda badan sudah keletihan.
Adam turut berkongsi detik getir ketika melihat darah mengalir di kening yang cedera terkena siku Alif.
Kalau saya teruskan, tetap akan kalah pada stamina. Alif TKO saya dengan penuh bergaya. Apa pun, saya berasa bangga dengan diri sendiri kerana berani masuk gelanggang Fury Redemption.
Maaf kepada peminat jika mengharapkan saya menang. Saya sudah lakukan yang terbaik. Kalau ada perlawanan lagi, saya akan cuba lebih bersedia dan lakukan yang terbaik.
Dalam pada itu, suami kepada Sweet Qismina ini turut mendedahkan menerima tujuh jahitan akibat kecederaan yang berlaku.
Saya terima tujuh jahitan di kening sebab luka akibat terkena siku Alif. Apa pun semuanya sudah selesai, terima kasih yang mendoakan.








