
Pelakon, Adam Lee rasa terkilan apabila segelintir pihak menuduhnya mengambil barang terlarang hanya disebabkan penampilannya yang berbeza.
Artikel Berkaitan: Sweet Qismina Tak Sebut Nama Ketika Terima Anugerah, Adam Lee Tak Kecil Hati – ‘Saya Faham, Dia Gementar’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Risau Sweet Qismina Cemburu Adam Lee Jadi Model Pakaian Bersama Siti Khadijah – ‘Dia Ada Je Depan Tu’
Kecewa

Menerusi perkongsian di Threads, pemilik nama Muhammad Arif Adam Mohamed Fadlee, 31, menjelaskan tindakannya untuk menurunkan berat badan disebabkan penglibatannya dalam sukan Muay Thai.
Bila besar cakap ‘chubby’. Bila kurus kata sakitlah, ambil ‘baranglah’ semua. Aku ada fight Fury Muat Thai 28 Disember ini masuk kategori 73 kilogram (KG).
Dah la tak mengikuti jalan cerita aku, tapi memandai buat andaian sendiri.
Lepas habis berlawan aku naikkan berat badan 77 (kg).
Sementara itu, Adam mengambil kesempatan meluahkan rasa syukur terhadap peminatnya yang tidak henti memberikan sokongan sepanjang kariernya.
Apa pun, terima kasih yang mana sokong aku tak kira saiz badan kurus keding atau berisi. Saya sangat hargai semua.
Sekadar makluman, Adam berjaya membawa pulang trofi anugerah pada malam Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian (ABPBH) ke-37 bagi kategori Pembantu Filem Popular.
Kemenangan itu sekali gus menewaskan nama-nama besar selebriti lain seperti Aiman Hakim, Amir Ahnaf, Kamal Adli, Nadhir Nasar, Datuk Awie dan ramai lagi.
Sumber: Threads

![[VIDEO] Pekerja Coffee Bean Fasih Bertutur Bahasa Korea Curi Perhatian Warganet](https://media.says.com/2026/09/yu9GYzFz-download.png)





![[VIDEO] Roslan Shah Sebak Pertemukan Sajat & Ibu – ‘Dia Memeluk Anak Yang Sudah Lama Tidak Bertemu’](https://asset.ohbulan.com/2026/09/IMG_0375.jpeg)
