Sebelum ini, penyanyi dan pelakon Adibah Noor pernah membetulkan sebutan bahasa Inggeris yang disebut oleh seorang menteri dan penyampai berita.
Artikel Berkaitan: ‘Tak Payah Sebut B Tu’ – Adibah Noor Betulkan Sebutan Rina Harun Dalam Video Ucapan PBB
Ringgit jadi ‘ ring it’
View this post on Instagram
Terbaru, Adibah, 51, menegur sebutan penyampai radio yang menyebut ringgit dengan slang Inggeris menerusi rakaman video di Instagram (IG).
Kadang-kadang tak faham apabila dengar stesen radio berbahasa Inggeris.
Jika anda orang Malaysia dan bukan berasal dari luar negara, jangan nak mengada-ngada sebut ‘ring it’ sedangkan sebutan sebenar ‘ringgit’.
Sebut dari kecil
Kata pemilik nama Adibah Noor Mohamed Omar, sebutan ringgit sudah disebut sejak kecil lagi jadi keterlaluan ia diubah hanya kerana bergelar ‘announcer’ bahasa Inggeris.
Daripada kecil lagi dah sebut ringgit, hanya kerana jadi penyampai radio bahasa Inggeris tak boleh sebut ringgit.
Perkongsian itu telah mendapat respon positif daripada peminat yang turut bersetuju dengan komen dari pelantun lagu Terlalu Istimewa.
@farahqistina91_: Sokong cikgu Adibah.
@adli.epul: Bunyi ‘ring it.’ Dia copy bunyi mesin bayar parking kat pusat beli belah tu.
@rezzal.n: Hahahaha betul tu kak. Kadang-kadang tu diorang lebih mat salleh dari mat salleh. Sebut ringgit macam biasa sudah.
@youngandglow_bssemenyih: Elok tu disuarakan. Harap penyampai radio tu tengok video ni.
Sumber: Instagram @adibahnoormohdomar