berita

Adik Hidayah Dakwa Hutang Ali Puteh Belum Selesai, Siap Beri Teguran Jangan Main Terjah & Tunjuk Bagus

February 21st, 2024 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Nampaknya, kemelut antara pelawak Ali Puteh dan bekas kakak iparnya iaitu Nor Hidayah Hamzah masih belum menemui titik noktah.

Artikel Berkaitan: Ali Puteh Selesai Bayar Hutang Hidayah RM75,000 – ‘Kalau Ada Perkara Berbangkit, Saya Tak Teragak-Agak Ambil Tindakan’

Datang roger dulu

Menerusi Instagram Story, Ali meluahkan rasa kecewa apabila usahanya untuk bertemu Hidayah bagi menyelesaikan hutang mahkamah dipertikaikan oleh seorang individu yang dipercayai adik kepada wanita itu.

Adik Hidayah pula naik story tidak berpuas hati. Sebut saman belum bayar pula. Semalam datang nak bayar tidak mahu.

Menurut pemilik akaun bernama zainuddin_94 itu, dia mendakwa hutang yang sepatutnya dibayar oleh Ali masih belum dijelaskan.

Apa-apa pun duit belum bayar lagi. Lepas ini pergi jumpa peguam. Kita ada undang-undang, bukan boleh ambil duit sesuka hati.

Malah kehadiran Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan juga dianggap secara mengejut menyebabkan mereka tidak dapat memberi layanan terbaik sebagai tetamu.

Datang beritahu dahulu, jangan main terjah dan tunjuk awak tu bagus. Kalau beritahu kita boleh layan macam VVIP, sediakan kopi panas.

Datang bawa bodyguard, lepas itu acah-acah seperti kami tidak layan. Macam mana nak layan kalau main langgar. Kami bukan kejam sangat, kalau beritahu kami beri layanan VVIP.

Semalam, Ali Puteh berkongsi video memaparkan dirinya hadir ke rumah balu Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah Hamzah untuk membayar tuntutan saman bernilai RM75,000.

Namun begitu, tindakan Ali itu dilaporkan tidak berjaya selepas pihak kakak iparnya dikhabarkan tidak mahu menerima wang yang diserahkan pelawak berusia 35 tahun itu.

Difahamkan urusan pembayaran tuntutan saman tersebut tidak berjaya kerana pihak Hidayah mahu Ali membuat pembayaran tersebut di hadapan peguam.

Walau bagaimanapun, Ali juga tidak bersetuju dan meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap permintaan tersebut.

Saya dah datang sini dengan cara baik kenapa perlu buat (pembayaran) melalui peguam?

Apa yang nak dipeguam-peguamkan? Kita kan berkeluarga.

Sumber: Ali Puteh

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×