Adik kepada mangsa yang maut dalam kemalangan di Kilometer 110.4 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT1), Temerloh, berkongsi momen terakhir bersama anak arwah sebelum kejadian tragis itu.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Baru Minggu Lepas Pergi Kafe Arwah’ – Kamal Adli Sebak Tiga Beranak Maut Kemalangan 11 Kenderaan

Momen terakhir bersama

View on Threads

Menerusi perkongsian di Threads, adik mangsa yang dikenali sebagai Niq Nazmi memuat naik momen anak saudaranya buat kali terakhir.

Pada hantaran tersebut, Niq seakan tidak menyangka bahawa ucapan selamat tinggal daripada anak saudaranya itu menjadi pertemuan terakhir mereka.

Siapa sangka ‘bye-bye, paksu comel’ itu menjadi ucapan terakhir.

Selain itu, Niq turut berkongsi gambar jam pintar yang pernah diberikannya kepada arwah abang namun kini sudah kembali ke tangannya.

Semalam saya beri jam ini kepada abang, hari ini saya terima semula tanpa dia.

Imbas kembali: Pemilik Secangkir Cafe di Sungai Karang, Pahang, terkorban selepas terlibat dalam kemalangan ngeri yang turut meragut nyawa isteri dan anak lelakinya di tempat kejadian.

Dilaporkan, seorang lagi mangsa lelaki yang menaiki sebuha kenderaan Honda CR-V turut maut dalam kemalangan tersebut.

Sumber: Threads @niq.nazmi