berita

‘Adik Sayang Sangat Papa’- Ucapan Terakhir Hafiya Sebelum Maut Ditikam Bapa Saudara

January 28th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Semalam viral di media sosial mengenai seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dibunuh bapa saudaranya di Felda Cherul 2, Kemaman, Terengganu.

Menerusi laporan Harian Metro, penjaga Nur Hafiya iaitu Mohd Afandi memaklumkan bahawa dia tidak tahu punca sebenar mengapa adik iparnya itu tergamak menikam anak saudaranya. Terbaru, pihak polis sudah mengesahkan bahawa suspek yang juga bapa saudara mangsa positif methamphetamine.

Menjaga sejak ibunya meninggal dunia

Menurut Mohd Afandi, dia dan isteri Noradila Ramli menjaga Nur Hafiya sejak ibunya meninggal dunia pada Ramadan yang lalu akibat kemalangan sementara bapanya pula bekerja di Johor. Tambahnya, Hafiya akan tinggal bersama datuk dan neneknya sebelum isterinya mengambil selepas pulang dari tempat kerja.

Mengenai kejadian yang berlaku, Afandi memberitahu bahawa Afiya meninggal dunia serta-merta sebaik sahaja ditikam di dada.

Penagih dadah dan mempunyai masalah mental

Menurut Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan, suspek yang berusia 26 tahun itu ditahan oleh penduduk kampung sebelum mereka menyerahkannya kepada polis.

Suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kemaman esok untuk mendapat perintah tahanan reman. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Mayat kanak-kanak itu dibawa ke Bilik Forensik Hospital Kemaman untuk siasatan lanjut. Menurut sumber, suspek menggunakan pisau pemotong sayur bertindak menikam mangsa di dada.

Terkejut mendapat panggilan

Menurut bapa Hafiya, Mohd Taquddin Ramli, dia sangat terkejut selepas mendapat panggilan daripada ahli keluarga yang memaklumkan anaknya ditikam jam 1.30 petang semalam. Taquddin yang bekerja sebagai juruteknik di sebuah kilang di Johor berkata, dia bergegas pulang ke Kemaman selepas mendapat berita itu.

Ketika itu saya sedang bekerja, dalam keadaan terkejut saya tidak putus-putus berdoa supaya kecederaan dialami Nur Hafiya tidak serius. Kira-kira 10 minit selepas itu, saya mendapat maklumat dia (Nur Hafiya) gagal diselamatkan, hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan saya.

Nur Hafiya beritahu datuknya yang dia rindu saya, sebelum dibawa berjumpa saya. Selama dua hari bersama, perangainya agak pelik. Dia amat manja dan sering bergurau dengan saya, kasih sayangnya nampak lain sangat. Dia juga kerap bercerita mamanya kini berada di syurga. Saya tidak menyangka itu petanda Nur Hafiya akan pergi buat selama-lamanya.

Taquddin memberitahu bahawa kali terakhir dia bertemu dengan anaknya Ahad lalu ketika Nur Hafiya datang melawatnya di Johor. Pada malam terakhir bersama Nur Hafiya, arwah mengusap kepala dan janggutnya, serta beberapa kali memberitahu sangat menyayanginya.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×