berita

Adrea Abdullah Pertikai Pihak Sekolah Adakan Majlis Graduasi Di Hotel Lima Bintang – ‘Tak Semua Ibu Bapa Mampu’

January 30th, 2024 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Pelakon, Adrea Abdullah tampil mempertikai ‘trend’ yang dibuat sebahagian pihak sekolah di Malaysia untuk menyambut hari graduasi para pelajar di hotel lima bintang.

Artikel Berkaitan: #ABPBH35: Nabil Ahmad Geram Netizen Persoal Kemenangan Bell Ngasri – ‘Kenapa Kau Pertikaikan, Itu Rezeki Dia’

‘Tak semua ibu bapa mampu’

@adreaabdul Tak masuk akal! Seriously tidak adil! Korang setuju atau tidak untuk sekolah rendah & menengah adakan graduation lunch or dinner di hotel 4,5 star dan kenekan bayaran 150-200 setiap pelajar! Gile lah! #kementerianpendidikanmalaysia #trending #tren #celotehadrea #karut #takmasukakal #tidakadil ? original sound – Adrea Abdul

Menerusi hantaran dimuat naik di TikTok, Adrea atau nama sebenarnya Nik Adrea Nik Abdullah berkata, ‘trend’ tersebut sepatutnya tidak diamalkan pihak sekolah kerana tidak semua ibu bapa mampu untuk membayar yuran yang mencecah RM150 hingga RM200 seorang.

Ibu bapa seolah-olah diwajibkan untuk membayar RM150 hingga RM200 untuk sertai majlis hari graduasi tersebut.

RM15 ke RM20 boleh terima lagi tapi harga RM150 ke RM200 untuk pelajar saja ya. Kalau ibu atau ayah nak datang pula kena tambah lagi RM150 untuk satu kepala.

Takkanlah majlis hari graduasi itu untuk anak ja? Ibu bapa tak datang pula kan? Nanti apa pula orang kata.

Kalau campurkan jumlah pembayaran sekali ibu dan ayah, hampir RM500 kena bayar.

Dalam pada itu, pelakon berusia 46 tahun itu turut mempertikai tindakan guru besar yang memilih untuk mengadakan majlis tersebut di mana-mana hotel lima bintang seakan mahu bermegah mengenai sekolah mereka di media sosial.

Boleh saya katakan perkara ini keputusannya dibuat oleh guru besar sekolah itu sendiri. Jadi, kenapa perlu buat di hotel lima bintang?

Nak tunjuk yang sekolah kita ini ‘have-have’ dan bermegah-megah di media sosial ke?

Adrea menambah, pihak sekolah sepatutnya memikirkan keadaan ibu bapa pelajar yang tidak semuanya mampu untuk mengeluarkan wang sebanyak itu hanya untuk meraikan hari graduasi anak mereka.

Yang pertama, fikir tak yang ibu ayah ini tak semuanya mampu, tak semuanya kerja bagus-bagus.

Yang kedua, ada ibu bapa yang mempunyai anak ramai jadi komitmen mereka bertambah mana boleh macam itu saja nak keluarkan duit. Kalau anak dia ada lima orang macam mana?

Ia sama sekali tidak masuk akal kerana bagi saya perkara ini seolah-olah menganiaya ibu ayah itu sendiri.

Berlaku kepada adik sendiri

Dalam pada itu, Adrea tampil menjelaskan bahawa dia bercakap mengenai perkara itu kerana situasi berkenaan telah pun berlaku kepada adiknya.

Memetik laporan Harian Metro, Adrea juga memaklumkan bahawa perkara ini sering dibincangkan bersama beberapa rakannya yang turut berdepan dengan situasi yang hampir sama.

Ada keluarga yang banyak hutang akibat Covid-19 sebelum ini. Ada juga yang anak ramai. Jadi, mana mereka nak bayar untuk benda yang nak kena bayar dengan harga ini?

Beratus-ratus yang tak masuk akal, jadi keluhan yang sangat berat untuk ibu bapa. Macam-macam tekanan yang akan berlaku. Perkara ini tak wajar berlaku pun.

Zaman kita belajar dulu, hanya buat di sekolah. Elok saja pun, ramai pelajar yang berjaya juga.

Pelakon yang popular dengan filem ‘Hantu Tok Mudim’ ini juga meminta agar perkara ini dapat dibincang dan dipertimbangkan semula bagi memastikan isu ini tidak berulang kembali.

Sumber: TikTok, Harian Metro

SKIP THIS AD ×