berita

Trailer : Filem “Kahwin 5” Penuh Komedi & Pengajaran

January 2nd, 2013 | by Ai
Filem Tempatan

Kalau diberi peluang, tidak ada lelaki yang akan menolak untuk mempunyai lebih dari seorang isteri, kan? Tapi kalau sudah diberi peluang, pastikan berkemampuan. Jangan pula sampai isteri hanya ditanggung nafkah batin, nafkah zahir pula entah kemana.

Filem “Kahwin 5” sudah pun mula berada di pawagam pada 27 Disember 2012 yang lepas. Diarahkan oleh Nizam Zakaria, filem ini mampu mencuit hati para penonton dengan lawak jenakanya yang bersahaja.

Filem ini telah membariskan bintang-bintang seperti Usop Wilcha, Fizz Fairuz, Dian P Ramlee, Anzalna Nasir, Marsha Milan, Adrea Abdullah serta Norish Karman. Ia mengisahkan tentang Dr. K, seorang jutawan MLM yang terkenal dengan gelaran playboy tua dan sifat mata keranjangnya. Beliau hidup aman dan bahagia bersama empat orang isterinya yang dinikahinya berdasarkan kekuatan agama, kecantikan, kekayaan dan keturunannya. Kehidupannya yang indah seakan cerita dongeng dan menjadi idaman kaum lelaki, dilengkapkan lagi dengan kejayaannya dalam perniagaan mangkuk plastik produk MLM keluaran syarikatnya.

Pemergian Dr. K ke cawangannya di Johor Bahru bertukar menjadi kemelut hitam yang bakal memporak-perandakan hidupnya dan menjadi mimpi ngeri. Terjebak dalam perangkap pembantu peribadinya, Fara, Dr.K tidak mempunyai jalan keluar apabila dipaksa menikahi Fara oleh abangnya Cico.

Berjayakah Dr. K untuk berkahwin lima? Saksikan kesudahan kisah ini, yang membuatkan anda tidak kering gusi yang muncul pada penghujung 2012.

Mari tonton trailer “Kahwin 5” selepas ini.

SKIP THIS AD ×