berita

Aedy Ashraf Tak Tergugat Dengan Kemunculan Mierul Aiman & Amir Ahnaf -‘Saingan Yang Sihat’

July 21st, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Pelakon Aedy Ashraf menyambut baik bakat baharu yang meningkat naik seperti aktor Amir Ahnaf dan Mierul Aiman muncul dalam industri seni tanah air.

Artikel Berkaitan: Aedy Ashraf Sanggup Terbang Ke Perancis Sokong Amelia Henderson Jadi Hos -‘Kami Bahagia, Ada Rezeki Kahwin…’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aedy Ashraf Sanggup Terbang Ke Perancis, Netizen Pesan Jangan Biar Amelia Henderson Menunggu – ‘Sweetnya, Kahwin Please!’ 

Pelapis berbakat

Menurut Aedy, Amir dan Mierul mempunyai kualiti lakonan yang baik dan dia percaya industri tempatan sememangnya memerlukan pelapis seperti mereka.

Jelas Aedy atau nama lengkapnya Mohammad Addy Ashraf Rosmadi, 29, dia tidak berasa tercabar sebaliknya mahu bersaing secara sihat.

Wujudnya pelakon-pelakon baharu dalam indsutri macam Mierul Aiman, Amir Ahnaf itu adalah satu perkara yang bagus. Industri kita memang perlukan ramai pelapis berbakat seperti mereka.

Kalau diberi saingan pun saya anggap itu adalah satu saingan yang sihat, bagus untuk mewarnai industri.

Saya sekarang pun dah beralih ke fasa yang seterusnya iaitu watak yang lebih dewasa.

Walaupun tak pernah bekerja sekali dengan mereka, tapi saya tahu mereka sangat berbakat dan komited. Mereka juga adalah kawan kepada kenalan-kenalan rapat saya.

Dalam pada itu, disoal apakah cabang seni lain yang ingin diceburi, pelakon filem Tentang Bulan itu berkata dia sedang mempersiapkan diri untuk bergelar pengarah dan penerbit kelak.

Saya tidak akan menyanyi dan melawak, itu mustahil untuk saya lakukan buat masa sekarang. Saya akan kekal dalam industri sebagai pelakon dan Insya-Allah kelak sebagai pengarah serta penerbit.

Persiapan ke arah itu (pengarah serta penerbit) juga sudah saya mulakan dengan langkah-langkah kecil. Mengarah untuk beberapa filem pendek untuk jenama saya sendiri.

SKIP THIS AD ×