Pelakon, Aedy Ashraf menjelaskan tujuan dia terbang ke Perancis baru-baru ini adalah untuk memberi sokongan kepada kekasihnya yang juga seorang aktres dan pengacara, Amelia Henderson yang menjadi hos mewakili TikTok di Festival Filem Cannes.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aedy Ashraf Sanggup Terbang Ke Perancis, Netizen Pesan Jangan Biar Amelia Henderson Menunggu – ‘Sweetnya, Kahwin Please!’
Artikel Berkaitan: Aedy Ashraf Takut Ada Manusia Busuk Hati Dengan Kejayaannya -‘Niat Saya Bantu Keluarga & Kawan’
Support kekasih
Ketika ditemui Oh Bulan! Aedy atau nama sebenarnya Mohammad Addy Ashraf Rosmadi, 30, berkata dia amat bangga melihat aktres itu diberi peluang sedemikian.
Saya ke sana untuk memberi sokongan kepada Amelia sebab dia menjadi hos yang mewakili TikTok untuk menemubual selebriti Hollywood di sana.
Itu merupakan peluang yang besar untuk dia dan sebab itu saya datang untuk beri sokongan. Saya bangga dengan dia.
Aedy berkata demikian ketika ditemui pada majlis Penjenamaan Semula Fam’ Fries yang diadakan di sekitar ibu kota, baru-baru ini.
Menurut Aedy lagi, ketika berada di negara tersebut, mereka turut mengambil kesempatan untuk bercuti dan meluangkan masa bersama.
Dan alang-alang berada di sana kami ambil peluang untuk bercuti bersama-sama. Tiga hari di Cannes dan empat hari di Barcelona.
Dalam pada itu, pelakon filem Tentang Bulan itu meluahkan rasa syukur apabila mengetahui ramai peminat yang mendoakan hubungan mereka berdua.
Bagaimanapun, Aedy berkata dia tidak mahu terlalu serius memikirkan hubungannya bersama Amelia, sebaliknya hanya ingin menikmati kebahagiaan yang sedang dikecapi ketika ini.
Saya bersyukur bila ramai peminat yang mendoakan baik-baik untuk kami. Terus mndoakan untuk saya dan Amelia. Alhamdulillah.
Tiada perancangan apa-apa, kami hanya mengikuti proses sahaja. Kalau ada rezeki kahwin ada, kalau tiada tidak mengapa. Saya sangat-sangat selesa dengan dia dan kami bahagia sekarang ini.