Pelakon kacak, Aedy Ashraf akui percaya wujudnya manusia yang iri hati apabila melihat kejayaan seseorang itu tatkala berada di puncak.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aedy Ashraf Sanggup Terbang Ke Perancis, Netizen Pesan Jangan Biar Amelia Henderson Menunggu – ‘Sweetnya, Kahwin Please!’
Artikel Berkaitan: Selepas Setahun Tak Jumpa, Aedy Ashraf & Amelia Henderson Kembali Bersama
Unsur misteri
Ketika ditemui OhBulan!, Aedy yang juga merupakan Pengarah Pemasaran Fam’ Fries berharap manusia yang iri hati sehingga sanggup menggunakan unsur misteri tidak mengganggu perniagaan yang sedang diusahakan.
Katanya, tujuan dan niat menjalankan bisnes adalah untuk mencari rezeki halal di samping berdoa agar Allah sentiasa melindunginya.
Banyak lagi yang saya ingin capai dalam perniagaan ini, saya tidak minta berlaku unsur dengki seperti santau dan sebagainya. Saya takut dan saya setuju dengan kejadian sebegitu.
Apa pun saya berserah kepada tuhan dan niat saya hanya untuk mencari rezeki, ingin tolong keluarga dan rakan-rakan. Saya harap niat saya baik, semua akan senang hati dan tidak dengki.
Aedy berkata demikian ketika ditemui pada majlis Penjemaan Semula Fam’ Fries yang diadakan di sekitar ibu kota, pada Ahad.
Turut hadir pada majlis tersebut adalah Pengasas Fam’ Fries iaitu Encik Brown yang juga merupakan rakan baik kepada Aedy sejak tujuh tahun lalu.
Gaduh itu perlu
Mengulas mengenai sikap profesional memandangkan mereka berdua rakan baik, aktor berusia 29 tahun itu menjelaskan salah faham adalah perkara yang perlu dalam perniagaan.
Malah, Aedy berkata dia dan Brown akan saling menegur antara satu sama lain sekiranya ada masalah yang berlaku.
Saya rasa kami berdua tiada masalah untuk membahagikan masa sebagai kawan dan rakan perniagaan. Masa berkawan kita kawan, masa berniaga kami berniaga.
Kalau saya buat salah atau dia buat salah, kami maki sesama kami. Kami akan tegur, kerana itu sangat penting dalam perniagaan. Pergaduhan sangat penting untuk kenal lebih mendalam.
Banyak kali kami tidak sependapat, namun apa yang buat kami tutup buku lama bukak buku baru. Saya rasa, perkara sedemikian (gaduh) sangat penting, bila dah sampai tahap gaduh maknanya saya tahu limit dia sampai mana, jadinya akan lebih peka.
Fam’ Fries
Berkongsi lanjut mengenai penjemaan semula produk berkenaan, pelakon filem Tentang Bulan itu menjelaskan beberapa perubahan telah dilakukan termasuk logo dan identiti yang ke arah lebih ‘fresh’.
Dalam masa sama, Aedy akui bersyukur dengan kejayaan yang dikecapinya.
Kami berdua asalnya kawan, dia (Brown) lelaki yang baik dan mempunyai perniagaan yang boleh pergi jauh. Mungkin ketika itu (2017) adalah pemasaran. Saya lihat kekurangan dia adalah kelebihan saya, saya sangat suka pemasaran.
Kami sangat melengkapi antara satu sama lain. Alhamdulillah selama lebih kurang tujuh tahun perniagaan ini berjalan, segalanya dipermudahkan.
Sebab itu kami menjenamakan semula, untuk luaskan lagi perniagaan ini supaya dapat tarik lebih ramai pelanggan. Untuk penjenamaan semula yang berubah adalah logo, vibes dan brand identiti ke arah lebih segar.
Saya juga percaya makanan segera adalah salah satu rutin masyarakat Malaysia. Dalam keadaan sebegini saya percaya Fam Fries boleh menjadi peneraju dalam industri dan pilihan ramai.
Untuk info, Fam’ Fries kini memiliki hampir sembilan buah outlet yang terletak di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Johor.
Sebarang pertanyaan mengenai jenama berkenaan, sila hubungi [email protected] atau ikuti laman sosial rasmi Fam’ Fries seperti Instagram, Facebook, Twitter sekarang.