Pelakon Aedy Ashraf dan Amelia Henderson mengakui sudah kembali menjalinkan hubungan cinta.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Peminat Teruja Lihat Aedy & Amelia Dalam Satu ‘Frame’, Doa Semoga Berjodohan
Dah ‘get back’
Memetik laporan Kosmo, Aedy berkata hubungan dengan Amelia kembali rapat selepas setahun mereka tidak bersua muka. Kata aktor berumur 30 tahun, dia berharap hubungan mereka akan lebih serius kali ini.
Orang kata, rezeki jangan ditolak kan. Bagi saya, Amelia adalah kurniaan rezeki dalam kehidupan saya.
Sebenarnya, lebih kurang setahun juga kami tak jumpa. Sekarang dah jumpa balik dan sekarang kembali rapat.
Amelia seorang yang sangat baik dan saya tak nafikan, kami sekarang sangat rapat. Kami pun dah mengenali diri masing-masing lebih dua tahun.
Saya tak tahu tentang dia, tapi saya memang serius pasal hal ini (mempunyai hubungan istimewa).
Sebelum ini pun, macam kalian semua tahu, kami pernah jadi ‘kawan’ yang sangat istimewa. Senang cerita sekarang, kami dah get back together (dah kembali bersama).
Ditanya mengenai harapan netizen, pemilik nama Mohammad Addy Ashraf Rosmadi enggan melakukan sekadar memenuhi permintaan mereka.
Saya tak nak buat sesuatu disebabkan mereka (netizen). Biar benda ini (perhubungan) jadi sebab kami sendiri yang betul-betul suka dan saling mengenali diri masing-masing dengan cara yang selayaknya.
Sungguhpun begitu, tak salah pun untuk mereka berharap. Kalau tak jadi nanti, jangan bersedih pula sebab sekarang ini, kami cuba sebaik mungkin.
Hal peribadi saya simpan
Sementara itu, Amelia, 28, menyifatkan Aedy seorang kawan yang baik dan sangat bijak. Pemilik nama Amelia Thripura Henderson berkata dia sentiasa ada untuk Aedy.
Sama ada kami ‘bercakap’ atau tidak, bila Aedy perlukan apa-apa, saya akan sentiasa ada untuk dia dan saya percaya, energi yang sama disalurkan olehnya buat saya.
Saya pernah ada ‘bad blood’ (hubungan dingin) antara kami. Tak pernah. Aedy seorang kawan yang baik dan sangat bijak. Tak tahu nak cakap apa tapi benda peribadi, saya rasa lebih baik kita simpan untuk diri sendiri dahulu buat masa sekarang.
Sebelum ini, Aedy dan Amelia dilihat sedang menjalani satu sesi ‘photoshoot’ untuk produk Rizman Ruzaini dan hantaran itu mencetus rasa teruja dalam kalangan peminat.
Sekitar Mac lalu, Aedy mengundang perhatian ramai apabila melamar Amelia sebagai kekasih ketika di sebuah festival makanan.
Bagaimanapun, pada akhir Julai lalu, Amelia dan Aedy seperti memberi bayangan hubungan cinta mereka sudah putus apabila masing-masing memuat naik ciapan seperti dalam emosi kesedihan dan kecewa.
Malah, Aedy juga turut memadam foto-fotonya bersama Amelia dalam akaun Instagramnya yang sebelum ini dimuat naik sepanjang mereka berlakon dalam sebuah drama pada tahun lalu.
Sumber: Kosmo