berita

Aeril Zafrel Jual Lamborghini, Derma Sebahagian Duit Kepada Pales***

October 19th, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Baru-baru ini, pelakon dan juga usahawan terkenal, Aeril Zafrel berkongsi satu hantaran di Instagram Story memaklumkan bahawa dia telah menjual kereta Lamborghini Aventador miliknya.

Artikel Berkaitan: Aeril Zafrel & Wawa Sudah Bersedia Dengan Sebarang Keputusan Kerajaan Mengenai Status TikTok Shop

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sajat Menangis Terima Bungkusan Makanan Daripada Aeril Zafrel & Wawa Zainal – ‘Tak Sangka, Masih Ada Orang Ingat Dekat Saya’

Jarang guna

Menerusi hantaran Aeril atau nama sebenar Suhairil Sunari di Instagram, dia membuat keputusan untuk menjual kereta tersebut kerana sudah jarang digunakan.

Selamat tinggal Lambo. Jarang sangat pakai kereta ini, jual jela. 

Tambah pelakon drama ‘Seindah Tujuh Warna Pelangi’ itu, sebahagian hasil penjualan Lamborghini itu akan didermakan kepada rakyat Palestine yang sedang ditimpa musibah.

Insya-Allah sebahagian hasil ini kita derma ke Palestin

Ayah kepada empat cahaya mata itu turut berkongsi resit yang menunjukkan dia sudah mendermakan kepada Persatuan Cinta Gaza di samping mengajak pengikutnya untuk menderma sekali.

Sekadar info, kereta Lamborghini Aventador Aeril merupakan hadiah daripada isterinya, Wawa Zainal sebagai penghargaan selepas enam tahun menjalankan perniagaan.

 

SKIP THIS AD ×